Glitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text Generator

Sunday 2 December 2012

Kita Ditakdirkan Berpisah!


Mengapa perlu ada rasa rindu ini?...

Ianya cukup mendera jiwaku..
Hati aku dipagut rasa sedih..
Namun tiada air mata yang menemani kesedihanku..



Dia pergi atas permintaanku..
Beratnya hatiku untuk melepaskan dirinya,
Kerana aku tahu hatinya pasti terluka..


Tapi seandainya aku meneruskan hubungan ini..
Bagaimana dengan dia yang sejak dulu menyintaimu.
Sungguh,,aku serba salah..



Malam yang bertandang..tiada bulan purnama dan bintang kejora yang menghiasi dada langit..yang ada hanyalah gerimis yang sejak tadi tanpa henti mencurah ke bumi..
Agrhhhh..apa mampu aku buat kecuali menahan perasaan ini..


Pada-MU Tuhan aku bermohon..aku adukan rasa cinta dan rinduku untuknya kepada-MU..
 " ya Allah, sesungguhnya aku terlalu menyintai dan merindunya kala ini, puas aku tepis perasaan ini, tapi ia tetap hadir,, samapaikanlah salam cinta dan rinduku kepadanya ya Allah..semoga aku turut menjadi kecintaan dan kerinduannya.."
Aku yakin yang Engkau akan sampaikan permintaanku..sesunguhnya Engkau maha mengetahui apa yang bersarang dalam hatiku..

Wahai insan yang pernah mencuri hatiku...
Aku mengundur diri bukan kerana aku membenci dirimu..

Tetapi kerana aku terlalu cinta..
Biar aku sendiri yang mentafsirkan maksud cinta ini..



Biarpun dirimu menyatakan aku pergi kerana tiada lagi cinta di hatiku..


Biarpun dirimu menyatakan aku pergi kerana aku membenci dirimu..
Aku tak peduli kerana aku tekad..
Biarlah semua ini berakhir di sini..
Cukuplah setakat ini aku hanyut dalam ombak cinta terlarang..
Biarlah sampai setakat ini aku lelah dalam memiliki cinta manusia..



Aku ingin mencari diriku..
Aku ingin persembahkan cintaku kepada yang selayaknya..
Bukan kepadamu, bukan jua kepada lelaki lain..
Tetapi kepada pencipta diriku dan dirimu..
DIA yang lebih berhak..
Telah terlalu lama aku lalai..
Sudah terlalu lama aku hilang jejak diri..
Aku ingin kembali..
Kembali kepada prinsip hidupku..



Ya Alalh..bantulah hamba-MU ini untuk meraih kembali cinta-MU..
Terlalu lama aku terleka dengan keasyikan dunia sehinggakan apabila aku tersedar..
Aku semakin jauh dari-Mu..
Jika benar dia pelengkap kekurangan diriku..


Simpanlah perasaan ini sehingga dia halal untukku..
Jika dia milik orang lain..luputkanlah dia dari ingatanku..



CUKUPLAH ALLAH BAGIKU..
Aku Ingin Bahagia Walau Tanpa Bersamanya..




2 comments:

  1. lps bc sy dpt rs bebanan yg ditanggung...

    ReplyDelete
  2. percayalah, tiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya :)

    single is simple, double is trouble :P

    Walaupun Ima sendiri masih double, tapi jika di beri pilihan Ima rasa single tu lebih better :)

    Bersangka baik pada-Nya.. InshaAllah, semuanya akan lebih bermakna :)

    salam ukhuwah :)

    ReplyDelete