Glitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text Generator

Tuesday 27 November 2012

Aku dan kehidupan

Assalamualaikum sahabat-sahabat blogger..

Indahnya alam ciptaan Allah ini..cubalah merenung dengan mata hati, relatekan apa yang dilihat dengan kehidupan yang hari-hari kita lalui..pasti kita akan temui sesuatu yang cukup indah dan sekaligus terdetik rasa syukur dalam hati..PERANCANGAN ALLAH ITU ADALAH SEBAIK-BAIK PERANCANGAN...

Dalam meniti arus kehidupan ini, dalam menginjak baki-baki usia yang masih bersisa..pelbagai onak duri yang ditempuhi, masam manis, pahit maungnya sebuah perjalanan kehidupan ini..tapi itulah yang melatih kita kekuatan hari ini, itulah yang mengajar kita pentingnya sebuah kesabaran, itulah yang mendidik kita supaya sentiasa tabah dalam mengharungi rencah kehidupan, dan itulah jua yang mengasuh hati agar tidak cepat mengalah pada sebuah keterlukaan, kekecewaan malah memupuk diri agar tidak berputus asa dan cuba bangkit dari kegagalan.

Aku mengorak langkah demi langkah, aku hanya membiarkan kaki memijak debu-debu bumi sehingga mataku terpacak kepada sekumpulan kanak-kanak yang asyik bermain, sungguh asyik sehingga bibirku mengukir secalik senyuman melihat gelagat mereka.

Alangkah indahnya dunia kanak-kanak..penuh gelak ketawa tanpa ada masalah yang perlu difikirkan..aghhh, aku merindu detik ini..detik di mana aku hanya tahu mencipta dan melakar keseronokan hidup..namun, hari ini, aku sudah meningkat dewasa..semakin meningkat usia, semakin hebat dugaan dan ujian hidup menghambat..jatuh dan bangun menjadi adat kehidupan..

Aku meneruskan langkah..mataku meliar ke sekeling alam..aku mendongak ke langit..aku terpengun melihat burung-burung berterbangan bebas di udara.

                                    

Hatiku terdetik lagi..indahnya menjadi burung..bebas tanpa ada sekatan..boleh terbang ke mana sahaja..andai penat, akan singgah di pokok-pokok untuk melepas lelah..sedangkan aku?..kebebasan aku terbatas..teringat pesan ibuku..'perempuan yang inginkan kehidupan yang bebas, perempuan yang menjual maruah dirinya'

Aku merenung jauh ke dada alam..teringat kembali cerita hindustan yang aku tonton semalam..


Indahnya jika kehidupan ni macam cerita hindustankan?..walau sehebat mana datangnya dugaan, walau sekuat mana badai melanda tapi tetap bahagia di penghujungnya..aghh, untungnya jika kisah percintaan kita juga seperti Shah Rukh Khan dan Kajol dalam Kuch Kuch Hota Hai..biarpun beribu datang ujian, masalah tapi dipenghujungnya tetap bersama..cinta mereka pasti bersatu.. :-)

Haa..bila aku fikirkan..pasti ramai yang nak jadi macam gambar kat bawah ni..


Dari dulu sampai sekarang memang aku peminat doraemon..kadang-kadang aku pon ada terfikir syoknya jadi macam doraemon..semua benda ada dalam poket dia, tak perlu pening-pening nak fikir jalan untuk selesaikan masalah..kalau tak dapat jadi macam doraemon pon..jadi nobita pon takpe..boleh juga tumpang senang..tapi mana mungkin..hidup kat dunia ni tak semua benda yang kita impikan kita akan dapat...

Itulah kehidupan, kita tak akan puas dengan apa yang kita ada..bila kita diberi sedikit ujian, bila kita ditimpa sedikit musibah..kiat cepat melatah, kita akan kata Allah tak sayang kita, kita akan cakap Allah tak adil pada  kita, sedangkan Allah sedang merancang yang terbaik untuk kita daripada ujian dan musibah tersebut. Allah mengurniakan kita akal untuk berfikir macam mana kita ingin merencana kehidupan kita..adakah mengikut syariat Allah atau sekadar mengikut nafsu dan trend yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman..

Apabila kita mendapat kejayaan..KITA BERKONGSI KEGEMBIRAAN DENGAN KAWAN-KAWAN.
Apabila kita mendapat kegagalan..KITA MENGADU KEPADA ALLAH.
Apabila kita seronok melayan cinta manusia..KITA MELUAHKAN RASA CINTA, RINDU KEPADA KEKASIH HATI KITA.
Apabila kita putus cinta dengan manusia..KITA BARU MEMINTA CINTA ALLAH.

Begitulah lumrah kehidupan..adakalanya kita hanya mencari Allah apabila kita dalam kesusahan..sedangkan apabila kita diulik kebahgiaan, kita hanya mencampakkan Allah nun jauh di sedut hati..sudut yang sukar untuk dicapai dan dilihat..wahai sahabat..cuba bayangkan..bagaimana jika kita berada disuatu tempat di mana, kita hanya diperlukan oleh sahabat kita apabila mereka dalam kesusahan, bahkan di saat mereka diulik bahgia, kita bagaikan tidak wujud dalam hati mereka..sedihkan..jadi..nilailah sendiri..

Ingatlah sahabat bahwa KITA HIDUP HARI INI UNTUK MATI, DAN KITA MATI UNTUK MENUJU KEHIDUPAN YANG KEKAL ABADI..KEHIDUPAN YANG MANA TIADA LAGI KEMATIAN SELEPAS ITU..


Jom..hayati lirik lagu ni..ada pengajarannya!

                                  

layannnzzz!!!!!

Wednesday 21 November 2012

Seindah hiasan adalah wanita solehah

Assalamualaikum dan salam sejahtera guys...

Haa...lama dah rasanya x conteng kat blog nih..hehe..tetiba terdetik di hati nak kongsi sal wanita solehah.



kepada sesiapa yang bergelar wanita di luar sana pasti dah biasa terdengar ayat 'Dunia adalah perhiasan, seindah hiasan adalah WANITA SOLEHAH'..

Sahabat-sahabat pernah tak rasa beruntung dilahirkan sebagai seorang wanita?..mungkin pernah terdetik di hati rasa rimas, susah jadi wanita ni..yelah..banyak pantang larang, banyak yang tak boleh..tak macam lelaki..simple jer..tapi sebenarnya disebalik kerimasan dan kesusahan tulah membuatkan betapa istimewa dan bertuahnya menjadi seorang wanita..lebih-lebih lagi wanita solehah..

5 ciri-ciri wanita solehah :


Meletakkan Allah ditempat tertinggi dalam hati, mencintai Allah melebihi cinta kepada manusia..selain itu, dia sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa hidup adalah untuk mencari keredhaan Allah. Dia juga sentiasa menjaga solatnya baik dari segi waktu solat mahupun dari segi kekusyukan.


Wanita solehah akan taat kepada suaminya apabila berkahwin kerana dia percaya bahawa Allah telah menjanjikan syurga kepada isteri yang taat kepada suaminya. Menjadi tanggungjawab seorang isteri untuk menjaga kebajikan dan aib suaminya ketika berada di rumah mahupun di luar rumah.

Hari ini, ramai yang sibuk nak mencari lelaki soleh untuk buat suami..bila buka facebook macam-macam status dan komen sal suami soleh lah, lelaki soleh lah, cuam setakat ni xde jer dengar pakwe soleh..hehe..
Jadi..sebelum kita cari lelaki soleh..apa kata kita melengkapkan diri sebagai wanita solehah sebagai hadiah istimewa buat suami tercinta..
Dalam al-Quran sendiri ada mengatakan bahwa perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya.


Akhlak itu cerminan diri. Seorang wanita solehah akan mempamerkan akhlak yang baik, perilaku yang terjaga disamping menutup aurat dengan sempurna. Dia tidak akan malu berada di khalayak ramai dengan pakaian yang tertutup litup, dia tidak akan mengeluh dengan tudung labuh yang menutupi kepala walaupun matahari terpacak atas kepala kerana hatinya ikhlas mengikut syariat islam.


Wanita solehah akan menjaga maruah dirinya, pergaulan bebas tiada dalam kamus hidupnya. Tingginya nilai seorang wanita itu terletak pada maruah dirinya, hilangnya maruah diri bererti hilanglah keistimewaannya. Maruah diri tidak boleh dijual beli..bila kehilangannya mana mungkin kita dapat memilikinya kembali.. Simpanlah ia di tempat yang paling tinggi dan kuncilah dengan kunci yang tidak mampu dibuka oleh mana-mana lelaki. Jagalah pergaulan dengan kaum Adam kerana bimbang diri terleka dan hanyut dengan keseronokan kerana syaitan amat suka kepada pergaulan yang tidak dipelihara.


Ujian Allah bersebab. Wanita solehah sentiasa bersangka baik kepada Allah. Dia sentiasa redha dengan ketentuan Allah. Memandang ujian yang Allah timpakan kepadanya merupakan satu wasilah untuk meningkatkan kekuatan diri. Dia hanya menangis, merintih kepada Allah kerana dia tahu bahawa hanya Allah yang mampu mengubah keresahan hatinya kepada kelapanagan, hanya Allah yang mampu mencalit senyuman dibibirnya. Dia hanya meletakkan pergantungan kepada Allah, baginya Allah tidak pernah mengecewakan hambaNYA.

Namun, persoalan di sini..SIAPAKAH WANITA SOLEHAH ITU?

Mata melihat ke kiri dan ke kanan mencari si solehah..kenapa tidak melihat kepada diri sendiri? kenapa tidak berbicara kepada diri sendiri?.. bahawa AKULAH WANITA SOLEHAH ITU!

AYUH sahabat-sahabat..jangan direbut untuk menjadi wanita popular didunia ini, jangan diharap untuk mendapat anugerah pelakon wanita popular di dunia ini tetapi marilah kita sama-sama merebut tittle WANITA SOLEHAH...sesungguhnya wanita yang popular di akhirat tidak dikenali pun di dunia ini.

Jangan lupa sentiasa memohon doa dengan Allah supaya kita menjadi wanita solehah, wanita idaman Syurga.

Jom layan lagu ini...indahnya menjadi wanita solehah.

Kejarlah gelaran wanita solehah, insyaallah Syurga Allah akan menjadi milikmu.

Sunday 4 November 2012

Menghitung Hari~~~




Menghitung Hari ~ 5 hari lagi..hehe

Menghitung hari, detik demi detik, masaku nanti apakah ada, jalan cerita..kisah yang panjang...

5 hari lagi..sabar ye hati..


Nantikan kepulanganku ke negeri kesayangan, daerah yang dicintai..di sinilah aku dilahirkan dan dibesarkan..mana mungkin aku lupa tempat tumpah darahku..
Rindunya kepada mak, ayah, adik, abang, kakak dan anak buah yang buas..hehe..
xsabar rasanya menanti saat itu untuk aku lupa seketika masalah dan tekanan di UM ni..dengan asgmentnya, dengan perbentangannya, dengan exam yang semakin menghampiri..huhu..



Tiket dah ada, jangan bimbang..9/11/2012 pasti akan tiba jika umurku masih panjang.. tak sabar rasanya untuk pulang ke kampung sekali lagi..9.00p.m 9 november bas tasik kenyir..hehe..hati ini semakin melonjak riang untuk mengharungi perjalanan meredah lebuhraya pulang ke TERENGGANU...



Yang ini first aku nak cari..mee sup rahim yang tak permah lupa kalau balik terengganu..kan syariffah zahidah, siti nurizani, hajar atiqah, rokayah, nurul syahirah..hehe..tapi sekarang ni kite dah sombong ckit..xnak doh makan mee sup rahim..melepak kat kedai bawah pokok jambu depan masjid plok..nasi air situ best kan..yummi..yummi...xsabarnya..bdk uitm camne?..balik ah..hehe..

sotong celup tepung..

air nyor muda...

Noor Nabilah...dah lama nok g makan 2 benda ni..jangan lupa janji di TELUK KETAPANG eh..hehe..perut ni asyik mengidam je makanan kat atas ni..ingat eh, xmboh kat lain..nak teluk ketapang jgk.. dan yang penting nak g dengan abang ndek..hahaha..aku tuntut janji mu..xkira ah bila pon..nok sedap ag cuti sem eh..dalam bulan 2..aku start cuti sem tgh bulan 1..lps exm..


Haa..yang ni penting..cuti mid sem ni..jom bercuti di PULAU KAPAS...tapi kan bilah..boleh ke musim tengkujuh ea..laut bergelorakan..xpasal kita dilambung ombak..huhu..amacam??..jadi x??..best jgk g tenang fikiran..jauh dari kesibukankan..kalau bermalam lagi syok..tapi kena tanya madam besar dulu ah..MY MOM..hehe..

XSABARNYA NAK BALIK>>TERENGGANU TUNGGU KEPULANGANKU...



5hari lagii..sabar ye hati..hehe..

Thursday 1 November 2012

Kau Bukan Untukku...


Kau Bukan Untukku

Indahnya cinta yang Allah kurniakan ini...bahagia bagaikan kanak-kanak mendapat aiskrim...tapi ianya hanya seketika..bagaikan aiskrim..indah di permulaan tetapi lama-kelamaan ia cair dan saat itu tiada lagi keindahannya..aku cuba menggubah rasa bahagia itu seindah gubahan bunga di majlis perkahwinan, ingin ku baja dan ku siram agar ia sentiasa segar dan berbunga.. namun walau setinggi langit kita merancang, walau seluas laut terbentang kita merencana tetapi sebaik-baik perancang dan perencana adalah Allah..



Jika dipersoalkan..tiadakah rasa kecewa di hati kecilku??.. 
aduhh..sakitnya tidak dapat di hitung..hanya air mata menjadi peneman setia..menangis dan terus menangis..fikiran asyik melayang..hati mana tidak terluka, jiwa mana tidak dilanda gundah andai insan yang kita sayang, kita cintai akan dimiliki orang lain..tidak sampai 2 bulan..dia akan berkahwin..tiap masa aku menghitung hari dengan titisan air mata menanti saat itu tiba..
keterlukaan ini makin terasa bila aku tahu yang dia juga menyintaiku.. dia pun tidak menginginkan perpisahan antara kami..tapi apadayaku..aku hanya insan biasa yang Allah campakkan sedikit rasa belas kasihan dan rasa kasih sayang..aku tidak sanggup untuk meruntuhkan kebahagiaan kaum sejenisku walaupun pada hakikatnya aku juga ingin menjadi teman hidupku..
Aku pujuk hatiku...aku cuba untuk tidak berhubung dengannya tapi hanya 1 hari..aku tak mampu..aku tak sanggup kehilangannya..aku lemah di saat dia merayu supaya jangan tinggalkan dia..dia ingin mengambil aku sebagai isteri dia..tapi bagaimana??..bermadu?? wanita mana sanggup memegang status tu..Allah..tolonglah hambamu..kenapa aku jadi selemah ni??


Salahkah aku menyintainya??..aku sayang dia kerana agama yang ada padanya..
aku xpernah mintak perasaan ini bergayut dihatiku..tapi aku anggap ini anugerah Allah buat hambaNya.
Ujian Allah itu bersebab..aku pohon, andai dia bukan jodohku..buanglah segala rasa dalam hatiku ini ya Allah..tapi kenapa semakin ku pinta, semakin ku pohon dijauhkan perasaan itu..ia semakin kuat memain di hatiku..bagaikan dirantai..semakin aku cuba menjauhkan diri..semakin aku rasa dekat dengannya..
Ya Allah, aku tidak pernah menyintai lelaki lain seperti ini..jika dulu..andai aku jatuh cinta dan cintaku berbalas pasti perasaan tu hilang seta merta..tapi kali ini tidak..bila aku tahu dia juga memiliki perasaan yang sama padaku..aku rasa amat bahagia..rasa seperti ingin ku ikat perasaan ini dengan hubungan yang halal..tapi rasa bahagia hanya berbunga seketika..saat hatiku diulik bunga-bunga cinta..aku mendapat tahu bahawa dia adalah tunang orang..tabahkan hati ini ya Allah...



20.12.2012
Tarikh penentuan..andai tarikh ini mengubah statusnya..sematkan di dadaku kekuatan agar aku tidak lemah jika kehilangan cinta manusia...dan ku pohon ya Allah..izinkan aku bahagia walaupun bukan bersamanya..sepertimana aku mendoakan kebahagiaan dia bersama bakal zaujahnya..ada yang kata 'aku bahagia apabiala melihat dia bahagia walau bukan bersamaku'..tapi sejauh mana hakikat kenyataan itu??..bibir memang mudah menuturkan kata-kata tetapi apa yang hati tanggung tidak semudah itu..

Teringat kata-kata seorang sahabat :
'andai dah tersurat jodoh dia dengan kau, jangan kau bimbang kerana pasti dia akan bersama kau..jangan ditangisi semua itu..bila Allah dah tetapkan dia jodoh kau..walau dia bertunang atau berkahwin sekalipun..pasti kau akan memilikinya kembali..kalau dia bukan tercipta untukmu..kamu sayanglah dia setinggi gunung sekalipun..kamu cintalah dia seluas dunia ni..x akn bersama jugak kerana janji Allah itu pasti'


Jika dia bukan untukku, pasti Allah dah tetapkan jodoh yang lebih baik umtukku..bersabarlah...itu yang terbaik..
Ya Allah, sesungguhnya aku menyintainya keranaMu..hanya Engkau yang tahu sehebat mana perasaan yang bersarang dalam hatiku..jika masih ada jodoh untukku bersamanya..peliharalah perasaan ini..jika tidak, tabahkan hatiku..Engkau kuatkan hatiku sebelum tarikh itu tiba dan Engkau tingkatkan kekuatan di hatiku selepas tarikh tersebut...
Tipu andai aku kata aku menerimanya dengan hati terbuka..sekiranya luka di hati ini nampak jika di x-ray..pasti hati ini dipenuhi dengan luka-luka yang berjahit..yang masih mengalir darah merah..yang amat sukar diubati biarpun dengan iodin sekalipun..andai ia sembuh sekalipun,parutnya pasti berbekas..
kata orang..hilang tumbuh patah berganti..memang petul tapi mana mungkin sama..walau nama sama sekalipun ia tetap berbeza..


awak..saya harap awak bahagia dengan pilihan hati awak..memang hati saya sedih..tapi apa mampu saya buat..saya sangat mencintai awak..tapi Allah x takdirkan kita bersama..mungkin dia yang terbaik untuk awak berbanding saya..awak jaga dia baik-baik taw..jangan lukakan hati dia kerana wanita lain..saya pernah cakap kat awak..hidup ini tak lari dari buat pilihan..dan pilihan awak adalah dia..berat hati saya untuk melupakan awak..tapi sampai bila saya nak macam ni, sedangkan awak akan jadi suami orang...awak jangan benci saya..saya taw awak pun sayangkan saya..kita berdoa jelah awak erk..andai ada jodoh..adalah..
Ya Allah..sampaikan salam pegantin baru buat insan yang teramat aku sayang ini..aku xsanggup untuk mengucapkan sendiri..

                       'KAU KESAYANGANKU TAPI KAU BUKAN MILIKKU'