Glitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text Generator

Tuesday 4 December 2012

Sampaikan Salam Rinduku kpdnya Agar Aku Turut Menjadi Kerinduannya!

Assalamualaikum semua..

Aku tidak tahu kenapa tangan ini laju menari atas keyboard..menaip mengikut rasa hati..aku menulis apa sahaja yang aku rasa dan aku suka..kerana bagi aku penulisan ini adalah duniaku..

Agrhh..hidup dalam cinta manusia banyak dugaan kerana bahagia iu tidak datang dengan senang-senang melainkan ada mutiara jernih yang mengalir di birai mata..mungkin bukan sekali bahkan berkali-kali sebelum kebahagiaan benar-benar jadi milik kita..sabarlah wahai hati..

Duhai Sang Pujaan Hati, Lagu ini ku persembahkan untukmu yg selalu menghiasa hari-hariku dengan keindahan..Semoga penantian ini terwujud dengan datangnya ikatan suci.

Ya Allah..Bantulah aku bersabar, andai janji-Mu terikat ada jodoh antara kami..pasti masa itu akan tiba..aku x mahu cinta yang bercambah ini berlandaskan nafsu..kerana cinta ini terlalu suci, ianya anugerah Ilahi. Aku ingin dirinya menjadi peneman hidupku, pembimbing diriku saat aku terleka dari mengingatimu..tapi aku takut untuk meletakkan harapan terlalu tinggi kerana bimbang bukan aku yang menjadi pelengkap hidupnya..Campakkanlah kekuatan dan kesabaran dalam hatiku agar aku mampu tersenyum di setiap langkah perjalananku walau hakikatnya hatiku dilanda ombak tsunami.


Kita mengganggap diri kita saling membenci antara 1 sama lain sedangkan kebencian tidak pernah wujud antara kita..macam mana aku mampu membencimu sedangkan dalam hatiku hanya ada rasa sayang dan rindu buatmu..aku menjauh bukan kerana aku xperlukanmu, aku membisu bukan kerana aku membuangmu, tetapi jauh dan bisuku kerana aku ingin meletakkan ALLAH perantara cinta kita..Aku inginkan ALLAH yang aturkan segala urusan hati ini..walaupun pada hakikatnya aku sendiri takut..takut kiranya dengan penyepian aku ini membuatkan kamu menjauh diri, menghindar diri dariku..


Dua hari telefon aku sunyi tanpa mesej dan call darimu..sungguh aku  merinduimu..aku cari bayangmu dalam jagaku, aku rakam mutiara nasihatmu dalam lenaku..tapi hampa..x aku temui semua itu, sudahnya mataku berkaca tanda ada air mata yang mahu menitis..aku x mampu membohongi diri aku betapa aku rindu untuk mendengar leteranmu apabila aku melambatkan waktu solat, aku rindu mendengar nasihatmu supaya kurangkan berfacebook..aku rindu untuk mendengar teguranmu supaya membuang gambar dalam facebook..dan yang teramat aku rindu adalah untuk mendengar lantunan ayat Al-Quran darimu kerana di situlah bermula cintaku padamu...fahamilah wahai pujaan hatiku bahawa diamku bukan kerana aku membencimu akan tetapi aku mendoakan yang terbaik untukmu..

inilah yang aku inginkan!

Kau mungkin bukan yang pertama tapi Insyaallah Kau yang terakhir di hatiku..
seandainya jodoh itu milik kita...







1 comment:

  1. jom join GA sy http://princess1405.blogspot.com/2012/12/end-year-giveaway-by-princess1405.html

    ReplyDelete