Glitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text Generator

Monday 3 December 2012

Bersyukurlah Dengan Apa yang Kita Miliki Hari ini..!

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat blogger..

Kali ini, Kita nak kongsi pengalaman baru kita dengan sahabat-sahabat kita yang telah turun ke kawasan sekitar KL bagi mengikuti program anjuran HEWI PMIUM iaitu WELFARE HOMELESS HEWI.

Program ini adalah di bawah kerjasama dengan sebuah badan NGO iaitu PERTIWI..secara tidak langsung kami  menjadi sukarelawan untuk mengagihkan makanan kepada gelandangan-gelandangan di kawasan tersebut. Antara tempat yang telah kami turun ialah JALAN TAR, MASJID JAMEK, KOTARAYA & MASJID NEGARA.

Team HEWI PMIUM dan sukarelawan PERTIWI.

Jauh di sudut hatiku..terasa begitu tersentuh apabila memikirkan bahawa masih ada lagi hamba Allah yang bermurah hati dan berjiwa penyayang kerana mereka masih mengambil berat perihal masyarakat sekeliling yang tidak bernasib baik. Meraka sanggup turun padang untuk mengagihkan makanan, minuman dan juga barangan lain seperti pakaian. Bertambah tersentuh hatiku kerana kebanyakaan dari mereka bukanlah sepenuhnya beragama islam. Aku turut gembira apabila melihat senyuman yang terukir di bibir mereka semasa mengagihkan sumbangan tersebut kepada gelandangan yang ada sebagai tanda mereka suka dengan kerja yang mereka lakukan.

Seorang mak cik tua juga merupakan gelandangan.

Menitis air mataku apabila melihat ada di antara gelandangan yang berkumpul untuk mengambil makanan itu adalah mak cik- mak cik tua. Sempat aku dan sahabat-sahabatku berbual dengan seorang mak cik, katanya dia berasal dari kedah, apabila ada orang yang agihkan makanan mesti ramai yang berkumpul kat situ. 

Hatiku tertanya.kemanalah anak-anak mak cik ini?  sanggup mereka meninggalkan ibu mereka yang tua ini tanpa ada rumah untuk berteduh..namun, aku tahan lidahku dari bertanyakan soalan itu, bimbang mengguris hati ibu tua itu..aku sekadar memerhati apabila dia bangun beratur bersama gelandangan lain untuk mengambil makanan.

Saat itu, hujan mulai turun renyai-renyai..aku terkedu, apabila terdengar suara seorang mak cik tua yang bertanyakan kotak kepada sahabatku. Dia mencari kotak untuk dijadikan alas tidur kerana katanya, kalau hujan macam ni, sejuk.. Allahurabbi..

Sampai 1 masa, aku tidak mampu menahan titis air mata apabila melihat seorang mak cik tua yang berlari-lari anak untuk mendapatkan makanan kerana pada ketika itu, kami sudah mengemas untuk pergi ke tempat lain pula..sayu hatiku apabila terpandang plastik yang berisi tin-tin kosong di tangannya..hatiku terdetik..mungkin dia ingin menjual tin-tin tersebut sebagai pendapatan harian..

Tiba-tiba hatiku teringat kepada ibu tercinta yang nun jauh di Terengganu..apa yang dia buat tika ini..aku tidak sanggup membiarkan ibu aku menerima nasib seperti mak cik- mak cik ini..Insyaallah, andai diberi peluang aku akan jaga kebajikan orang tuaku..

Anak-anak kecil yang berkeliaran di metropolitan.

Gelandangan-gelandangan ini bukan sahaja terdiri dari kalangan orang-orang tua tetapi ada juga dikalangan kanak-kanak yang belum mengerti erti kehidupan...Terpamer riak gembira di wajah mereka apabila mendapat bungkusan makanan..mereka ini bukan sahaja tiada tempat untuk berteduh bahkan jauh sekali untuk mendapat pendidikan..Bagaimana dengan masa depan mereka??..Ada juga anak yang masih bayi..yang masih berada dalam dukungan ibu turut berada di kawasan tersebut..bagaimana dengan taraf kesihatan mereka??terjaga ke??...

Ya Allah..Syukur Alhamdulillah kerana sehingga saat ini aku masih diberi kesenangan hidup walaupun tidak mewah..aku bersyukur dengan apa yang ada kerana di luar sana masih ramai yang tidak bernasib baik..masih ramai yang serba kekurangan..sedangkan aku ada tempat untuk berteduh..hari-hari perut terisi dengan makanan, bila sakit terus jumpa doktor..

Tidak ku sangka, rupanya di Malaysia yang di katakan negara yang aman ini, masih ada rakyat yang tiada rumah..hanya tidur di kaki-kaki lima, di lorong-lorong..beralaskan surat khabar dan kotak..

Bersyukurlah wahai sahabat dengan nikmat yang Allah limpahkan kepada kita sehingga detik ini..Jangan asyik mengeluh dan merasa tidak cukup kerana di sekeliling kita masih ramai yang menderita..

Hulurkan tangan, Ringankan beban..jika tidak mampu cukuplah dengan mengangkat tangan memohon kepada Ilahi agar mereka ini diberi kekuatan untuk menempuh liku-liku kehidupan ini..

Teringat pesanan seseorang kepadaku :

" Hidup di dunia bukanlah untuk mencari kesenangan hidup sendiri,
tetapi belajarlah untuk memberi manfaat kepada orang lain. "

" Berilah bantuan kepada orang yang berada di dalam kesempitan,
Kelak Allah akan melepaskan kita semasa kita berada dalam kesusahan.
Keyakinan kepada balasan baik Allah akan merangsang kita untuk melakukan amalan dan kebajikan dengan lebih banyak."

     





No comments:

Post a Comment