Glitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text Generator

Wednesday 21 November 2012

Seindah hiasan adalah wanita solehah

Assalamualaikum dan salam sejahtera guys...

Haa...lama dah rasanya x conteng kat blog nih..hehe..tetiba terdetik di hati nak kongsi sal wanita solehah.



kepada sesiapa yang bergelar wanita di luar sana pasti dah biasa terdengar ayat 'Dunia adalah perhiasan, seindah hiasan adalah WANITA SOLEHAH'..

Sahabat-sahabat pernah tak rasa beruntung dilahirkan sebagai seorang wanita?..mungkin pernah terdetik di hati rasa rimas, susah jadi wanita ni..yelah..banyak pantang larang, banyak yang tak boleh..tak macam lelaki..simple jer..tapi sebenarnya disebalik kerimasan dan kesusahan tulah membuatkan betapa istimewa dan bertuahnya menjadi seorang wanita..lebih-lebih lagi wanita solehah..

5 ciri-ciri wanita solehah :


Meletakkan Allah ditempat tertinggi dalam hati, mencintai Allah melebihi cinta kepada manusia..selain itu, dia sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa hidup adalah untuk mencari keredhaan Allah. Dia juga sentiasa menjaga solatnya baik dari segi waktu solat mahupun dari segi kekusyukan.


Wanita solehah akan taat kepada suaminya apabila berkahwin kerana dia percaya bahawa Allah telah menjanjikan syurga kepada isteri yang taat kepada suaminya. Menjadi tanggungjawab seorang isteri untuk menjaga kebajikan dan aib suaminya ketika berada di rumah mahupun di luar rumah.

Hari ini, ramai yang sibuk nak mencari lelaki soleh untuk buat suami..bila buka facebook macam-macam status dan komen sal suami soleh lah, lelaki soleh lah, cuam setakat ni xde jer dengar pakwe soleh..hehe..
Jadi..sebelum kita cari lelaki soleh..apa kata kita melengkapkan diri sebagai wanita solehah sebagai hadiah istimewa buat suami tercinta..
Dalam al-Quran sendiri ada mengatakan bahwa perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya.


Akhlak itu cerminan diri. Seorang wanita solehah akan mempamerkan akhlak yang baik, perilaku yang terjaga disamping menutup aurat dengan sempurna. Dia tidak akan malu berada di khalayak ramai dengan pakaian yang tertutup litup, dia tidak akan mengeluh dengan tudung labuh yang menutupi kepala walaupun matahari terpacak atas kepala kerana hatinya ikhlas mengikut syariat islam.


Wanita solehah akan menjaga maruah dirinya, pergaulan bebas tiada dalam kamus hidupnya. Tingginya nilai seorang wanita itu terletak pada maruah dirinya, hilangnya maruah diri bererti hilanglah keistimewaannya. Maruah diri tidak boleh dijual beli..bila kehilangannya mana mungkin kita dapat memilikinya kembali.. Simpanlah ia di tempat yang paling tinggi dan kuncilah dengan kunci yang tidak mampu dibuka oleh mana-mana lelaki. Jagalah pergaulan dengan kaum Adam kerana bimbang diri terleka dan hanyut dengan keseronokan kerana syaitan amat suka kepada pergaulan yang tidak dipelihara.


Ujian Allah bersebab. Wanita solehah sentiasa bersangka baik kepada Allah. Dia sentiasa redha dengan ketentuan Allah. Memandang ujian yang Allah timpakan kepadanya merupakan satu wasilah untuk meningkatkan kekuatan diri. Dia hanya menangis, merintih kepada Allah kerana dia tahu bahawa hanya Allah yang mampu mengubah keresahan hatinya kepada kelapanagan, hanya Allah yang mampu mencalit senyuman dibibirnya. Dia hanya meletakkan pergantungan kepada Allah, baginya Allah tidak pernah mengecewakan hambaNYA.

Namun, persoalan di sini..SIAPAKAH WANITA SOLEHAH ITU?

Mata melihat ke kiri dan ke kanan mencari si solehah..kenapa tidak melihat kepada diri sendiri? kenapa tidak berbicara kepada diri sendiri?.. bahawa AKULAH WANITA SOLEHAH ITU!

AYUH sahabat-sahabat..jangan direbut untuk menjadi wanita popular didunia ini, jangan diharap untuk mendapat anugerah pelakon wanita popular di dunia ini tetapi marilah kita sama-sama merebut tittle WANITA SOLEHAH...sesungguhnya wanita yang popular di akhirat tidak dikenali pun di dunia ini.

Jangan lupa sentiasa memohon doa dengan Allah supaya kita menjadi wanita solehah, wanita idaman Syurga.

Jom layan lagu ini...indahnya menjadi wanita solehah.

Kejarlah gelaran wanita solehah, insyaallah Syurga Allah akan menjadi milikmu.

1 comment:

  1. Pesanan yg amat baik.. Moga kitalah antara wanita solehah tersebut. Amin.

    Follow sini..

    ReplyDelete