Monday, 25 February 2013

Nahnu Ansorullah



“Allah x beri perjuangan islam ini dalam masa singkat tapi Allah uji perjuangan ini dengan kesulitan demi kesulitan dan barulah diberi kemenangan. Orang yang percaya dengan janji Allah je mampu berjuang. Setiap penderitaan, kesusahan dalam berjuang untuk menegakkan agama Allah akan dikurniakan ganjaran pahala.”
Terngiang-ngiang kembali ceramah yang pernah Tuan Guru Haji Hadi Awang sampaikan semasa di HIMAT, himpunan muslimat PAS Negeri Terengganu tahun lepas.
Begitu juga dengan kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Mad yang menyebut tentang perjuangan. Katanya :

-           Berlumba-lumbalah mencari kebaikan.
-         Allah berpesan supaya berlumba-lumba mencari kebaikan.
-          Yang baik itu ialah apa yang Allah dan Nabi nak, suka.
-         Kayu pengukur kepada kebaikan itu, apa yang Allah suruh.
-          Masa hidup atas dunia nilah nak buat kebaikan pun, bila mati xleh doh.
-           Kalau ada harta, infakkan kepada jalan kebajikan.
-          Jangan khuatir kalau dalam perjuangan islam xdapat balasan kat dunia, xramai orang ikut sebab semua tue dikira di akhirat kelak.
-           Perjuangan kita xmenjanjikan kemewahan.
-          Perjuangn islam benda mahal, sebab tue kerja perjuangan ini, di dunia payah sebab   Allah beri ganjaran besar di akhirat. Allah berpesan suruh bersabar dan sembahyang.
-          Nabi apabila menghadapi  masalah, baginda sembahyang.

Bangkitlah JANNAH…Allah dah pilih kamu untuk berada di jalan perjuangan ini..kamu dah dikira bernasib baik, sedangkan masih ramai di luar sana yang masih mencari-cari jalan kehidupan. Buang segala ego, segala kekecewaan dengan manusia..Bangunkan jiwamu, kentalkan hatimu, balutlah, rawatlah luka dihatimu dengan janji-janji Allah..bahawasanya Allah membeli  ANSORULLAH dengan syurga. Pedulikan kata orang kerana manusia hanya tahu menghukum sedangkan Allah itu amat luas kasih sayangnya.

Ingatlah “ISLAM TAK PERLUKAN KAMU, TAPI KAMU YANG PERLUKAN ISLAM”

Setelah sekian lama aku menyepi diri dari gerak kerja Jemaah, setelah sekian lama aku mengasing diri daripada bersama-sama sahabat-sahabat Ansorullah ku..detik ini barulah timbul rasa kesal dengan sikap keegoanku..betapa terlalu lama aku berada dalam kerugian sedangkan sahabat-sahabat lain begitu sibuk mencari ilmu dakwah, begitu asyik dengan kerja-kerja perjuanagan islam..sedangkan aku berteleku sendiri..membawa rajuk hati yang entah bila akan berakhir..mana mungkin aku boleh meminta semua orang memuaskan hatiku sedangkan aku sendiri tidak mampu memuaskan hati semua orang.

Betapa sahabatku sayang.. ATUL, tidak pernah jemu menasihati hati ini, memujuk diri ini..bahkan tidak pernah lupa mendoakan aku supaya terus bersama-sama dalam perjuangan ini, supaya kaki ini masih sudi menginjak kembali untuk bersama-sama sahabat Ansorullah yang lain..setiap kali bicaranya melantun di gegendang telinga ini..hatiku cukup tersentuh, dalam diam hati ini merintih betapa aku rindu, aku ingin bersama lagi dalam kerja Jemaah itu..tetapi ntah kenapa..setiap kali terkenang luka di hati..aku mengalah..aku layan rajuk hati ini yang aku tahu selebihnya adalah bisikan nafsu dan syaitan, menyuruh aku terus meminggir.

Rupanya Rahmat Allah Maha Luas..DIA yang membuka pintu hatiku untuk bersama-sama mahasiswa lain dan rakyat Malaysia untuk bersama-sama turun dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang mana sedikit sebanyak telah menyedarkan aku betapa aku sayangkan ‘harta’ yang aku miliki hari ini. Cuti sem yang membuatkan aku turut berada bersama muslimat pas cawangan kampungku, membuatkan aku lebih bersemangat, membuatkan egoku kecundang..betapa perjuangan islam tidak memerlukan orang yang lemah, orang yang mudah berputus asa..Betapa pejuang-pejuang islam hari ini, tidakpernah mengenal erti putus asa dalam menegakkan agama Allah di muka bumi ini.

Saat terdengar lagu ‘NAHNU ANSORULLAH’ , aku hayati liriknya..tanpa sedar air mata ini menitis..betapa lagu inilah yang membuatkan aku berada di landasan ini..ku serahkan segala jiwa ragaku pada detik itu..Tika tangan ini membuka kembali lipatan kertas kata-kata semangat daripada sahabat-sahabat Ansorullahku, lidahku kelu membaca setiap catatan di atas kertas tersebut..kata-kata “semoga terus thabat dalam perjuangan ini” membuatkan aku sebak sendiri. Sesungguhnya kertas itulah yang sering aku buka, aku baca saat aku terasa lemah..

Pesan seorang sahabat ku semat kukuh di hati, betapa dia juga mengharap yang terbaik untuk aku dan islam.
 “ dulu mu ajok aku masuk, tapi bila aku masuk mu plok lari, lepas ni kita buat kerja islam ni sama-sama deh..”

Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk terus berada dalam perjuangan ini.