Glitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text Generator

Sunday 30 December 2012

Epilog Silam




Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...




Thursday 27 December 2012

28/12 Dalam Kenangan


SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN NUR HABIBAH BT IDRIS...

Jangan salahkan Allah bila Allah ambil balik apa yang DIA pinjamkan untuk kita, Allah ambil sebab Kasih sayang Allah kepada dia melebihi kasih sayang kita.. Allah ambil dia sebab kita dah tak mampu menjaga dia, tak mampu bahagiakan dia..

Bukan mudah untuk menerima hakikat sebuah kehilangan, walaupun kita sedar setiap milik kita ini hanya lah pinjaman dari Allah termasuklah diri kita sendiri..setiap yang datang pasti akan pergi, setiap yang bermula pasti akan berakhir, setiap yang hidup pasti akan mati..

Hari ini genap usiamu 21tahun..tapi kamu tak sempat meraikannya kerana kamu telah bertemu Penciptamu lebih awal..Terkedu seribu bicara aku rasakan saat terpandang namamu di FB, menandakan hari ini adalah ulangtahun kelahiranmu..saat itu jualah, rasa sebak mengalir di setiap saluran nadiku, rinduku padamu menyesak sukma..cepatnya kau pergi tinggalkan aku dan keluarga kita..

Sudah hampir 5bulan kau tinggalkan dunia fana ini tetapi aku rasakan ianya masih baru...5bulan kau pergi, tidak pernah sekali pun aku mimpikan kau sedangkan aku terlalu inginkannya..supaya rinduku padamu terubat apabila aku merasakan kehadiranmu biarpun hanya dalam mimpi..sedangkan kakak aku, bahkan Aleeya yang baru berumur 5tahun ada termimpikan kau..teringat kata mak " Allah tak nak tambahkan kesedihanmu bila kamu mimpikan dia"

Tika ini,
Bila aku rindukan dia,
tapi tak dapat dengar suara
tapi tak dapat bergurau senda dengan
tapi tak dapat berlawan bicara
tapi tak dapat bersua muka
apa yang aku ada
hanyalah kenangan bersama
hanya gambar bersama 
menjadi tatapanku saban ketika

masih jelas digambaran saat terakhir dia bersamaku
masih jelas wajah pucatnya saat malaikat maut menjemputnya
masih jelas tangan ini menggigil saat memandikan jenazahnya
masih jelas tangan ini terketar-ketar mengikat bucu-bucu kain kapannya
masih jelas diri ini bersimpuh menemaninya dalam van jenazah
masih jelas orang ramai menyambut kepulangan jenazahnya
masih jelas cerita baik tentangnya bergema
masih jelas air mata ini mengalir tanpa henti menangisi pemergiannya

aku merenung jauh, kosong
aku merinduinya separuh nyawa
kalaulah masa dapat diputar semula
kalaulah dapatku luang lebih masa bersamanya
kalaulah aku dapat bersama saat nafas terakhirnya direntap
dan walau berapa banyak perkataan kalau aku lakarkan
dia tetap pergi, pergi yang takkan kembali..

wahai sepupuku, wahai sahabatku
bersemadilah engkau di sana dengan tenang
semoga kita boleh bersaudara lagi di SYURGA..

aku hadiahkan Al-fatihah buatmu sebagai hadiah dihari jadimu :


sesungguhnya kami sekeluarga teramat merinduimu..walau kau telah tiada di dunia ini tapi kau tetap hidup dalam hati kami..

BERBAHGIALAH KAU DI SANA !


Monday 24 December 2012

SErahKaN HaTimu Kepada PemiLiK Hati





" Buta yang sebenar bukanlah buta mata kasar tapi buta yang sebenar ialah buta mata hati "

perkara yang paling susah nak jaga ialah HATI..amat susah untuk ditarbiyah..bila kita rasa hati kita kuat untuk menempuh liku kehidupan ini, ujian datang untuk menguji keteguhan hati kita..saat itulah hati goyah..antara nafsu dan iman..mana lagi menang..

Saat ada yg menghina, mengata, mengutuk kita, hati mudah membenci..
Saat ada yg menodai kepercayaan kita, hati mudah menghukum..
Saat ada yang melambatkan kerja kita, hati mudah merungut..
Saat ada yg melukai kita, hati mudah menangis pilu...

Namun sedarlah wahai insan, segala yang berlaku itu adalah untuk mendidik hati kita, untuk tarbiyah hati kita agar lebih cekal dan tabah dalam mengorak langkah kehadapan...kerana boleh jadi, di hadapan sana, di persimpangan sana..lebih besar dugaannya..mana mungkin kita bisa menempuh dugaan sebesar itu andai ujian sekecil ini pun kita cepat melatah, cepat merasa lemah..bila jatuh, kita tidak berusaha untuk bangkit kembali..

Ingatlah wahai teman, hidup ini, kita yang aturkan..

Sesungguhnya, jalan di dunia ini, kiranya kita gagal dalam melewati satu jalan itu, usahlah risau kerna masih banyak jalan lain yang boleh diambil..tapi percayalah, jalan untuk ke akhirat hanyalah satu, pastikan kita tidak gagal dalam melalui jalan itu,,kearna jika kita gagal bererti kita gagal selamnya..Jalan untuk mengejar bahagia di akhirat itu semestinya sukar dan berliku,,apa tidaknya..sesuatu yang indah dan menjadi rebutan ramai..semestinya sukar untuk dimiliki..namun jika kita bawa hati yang sejahtera dan hati yang tenang bersih..pasti kita akan merasai indahnya sepanjang menempuhi liku-liku perjalanan itu..

‎"أمور تنبع من القلب هي المسألة الأكثر تعقيدا"

"soal hati ini ialah soal paling rumit"


Hati ini lagi susah nak jaga bila berkaitan cinta terlarang..Kerana cinta sesama manusia, cinta yang tiada ikatan yang sah..kita lupa pada cinta Ilahi..kita tidak yakin bahwa jodoh itu milik Allah..Kerana cinta terlarang kita mula serahkan hati kita kepada nafsu untuk mengaturnya..akhirnya kita rela hati kita dilukai..membenarkan hati kita tunduk kepada kemungkaran..zina hati..Nauzubillah..

Akan tetapi Allah Maha Pengasih~


Saat aku lemas dalam lautan cinta manusia yang tidak tahu penghujungnya, Saat aku buta dalam menilai kasih sayang manusia..Allah campakkan secebis kesedaran dalam hatiku bahawa hidup didunia ini bukanlah untuk mengejar cinta manusia, cinta dunia, bukanlah untuk mendabik dada pada alam bahwa akulah yang berjaya menawan hati dewa raja..akan tetapi kita hidup di dunia ini, kita hidu udara di dunia ini demi kelangsungan hidup adalah kerana untuk semai Keredhaan dalam hati kita pada Allah, untuk siram hati kita dengan Takwa, untuk baja hati kita dengan nur cinta kepada Allah..

Allahurabbi...bersyukur Ya Allah kerana Engkau telah kirimkan seorang sahabat yang berhati Mulia kepadaku..nasihatnya buat aku sedar diri..setiap yang berlaku pasti diiringi hikmahnya..camping OPss Relax baru-baru ini, aku ingat akan merapatkan hubungan aku dan dia tetapi ia merupakan satu wasilah untuk aku lupakan dia..dulu aku yakin bahwa dia jodoh aku..sedangkan cinta yang berputik itu hanyalah ujian dari Allah..Teringat pesanan sahabatku semasa dalam perjalanan ke camping tue: 

" Pergimu bukan untuk mengutip markah exam dan untuk berseronok tapi pergilah untuk mencari hikmah di sana, semoga kamu dapat membawa balik mutiara hikmah yang tiada pada sahabat-sahabat lain.."

Pesanan seorang sahabat buat sahabat kesayangannya :

Kita sibuk nak jaga hati orang yang kita sayang, sedangkan dia bukan sesiapa pun pada kita..belum halal untuk kita, kita biar dia bermain cinta dengan kita..Ingat, hati kita ni bukan kita punya..tapi Allah yang punya..apa hak kita untuk biarkan orang lain melukainya, menodainya dengan cinta terlarang..sepatutnya kita jaga baik-baik, cuba fikir..jika kita pinjamkan barang kepada orang, semestinya kita harapkan orang itu menjaga barang kita baik-baik..samalah dengan hati kita..takkan kita nak kembalikan hati kita kepada tuannya yang dah kotor, yang dah dilukai..fikirlah sahabat..kita tak pernah fikir macam mana nak jaga hati Allah..apa perasaan DIA bila kita pinggirkan DIA sedangkan bukan sekadar hati bahkan seluruh jasad kita ini adalah milikNYA..andai kita dah tak mampu nak jaga hati ini, kembalikan kepadaNYA..biar DIA yang jaga dengan kasih sayangNYA..biar DIA yang rawat dan jahit luka-luka di hatimu..biar DIA yang padamkan parut-parut di hatimu..

Air mata menjadi saksi kebodohan diri selama ini...betapa lemahnya iman aku Ya Allah..terlalu mudah tunduk pada nafsu..sedangkan cinta itu selayaknya aku persembahkan kepada bakal zauj aku..tetapi aku telah mengkhianatinya...Dengan kasih sayang Allah aku bangkit dari kelukaan..Aku serahkan hati aku padaMu Ya Allah untuk menjaganya..jangan biarkan kesilapan yang sama berulang lagi..

Sesungguhnya jika kita redha dengan sesuatu itu, mudah sahaja untuk kita lepaskan..Engkau hanya pinjamkan dia sekejap untuk aku untuk aku mencari diri aku..inilah ujianMU..sekarang Engkau ambil dia kembali bukan kerana Engkau ingin melihat aku terluka..akan tetapi Engkau ingin melihat aku bahagia di kemudian hari..Engkau lebih mengetahui..Pasti ada yang lebih baik menanti aku di hadapan sana..cuma aku perlu membaiki diri aku terlebih dahulu menjadi lebih baik!!

DI MANA DIA DI HATIKU???



Tuesday 4 December 2012

Sampaikan Salam Rinduku kpdnya Agar Aku Turut Menjadi Kerinduannya!

Assalamualaikum semua..

Aku tidak tahu kenapa tangan ini laju menari atas keyboard..menaip mengikut rasa hati..aku menulis apa sahaja yang aku rasa dan aku suka..kerana bagi aku penulisan ini adalah duniaku..

Agrhh..hidup dalam cinta manusia banyak dugaan kerana bahagia iu tidak datang dengan senang-senang melainkan ada mutiara jernih yang mengalir di birai mata..mungkin bukan sekali bahkan berkali-kali sebelum kebahagiaan benar-benar jadi milik kita..sabarlah wahai hati..

Duhai Sang Pujaan Hati, Lagu ini ku persembahkan untukmu yg selalu menghiasa hari-hariku dengan keindahan..Semoga penantian ini terwujud dengan datangnya ikatan suci.

Ya Allah..Bantulah aku bersabar, andai janji-Mu terikat ada jodoh antara kami..pasti masa itu akan tiba..aku x mahu cinta yang bercambah ini berlandaskan nafsu..kerana cinta ini terlalu suci, ianya anugerah Ilahi. Aku ingin dirinya menjadi peneman hidupku, pembimbing diriku saat aku terleka dari mengingatimu..tapi aku takut untuk meletakkan harapan terlalu tinggi kerana bimbang bukan aku yang menjadi pelengkap hidupnya..Campakkanlah kekuatan dan kesabaran dalam hatiku agar aku mampu tersenyum di setiap langkah perjalananku walau hakikatnya hatiku dilanda ombak tsunami.


Kita mengganggap diri kita saling membenci antara 1 sama lain sedangkan kebencian tidak pernah wujud antara kita..macam mana aku mampu membencimu sedangkan dalam hatiku hanya ada rasa sayang dan rindu buatmu..aku menjauh bukan kerana aku xperlukanmu, aku membisu bukan kerana aku membuangmu, tetapi jauh dan bisuku kerana aku ingin meletakkan ALLAH perantara cinta kita..Aku inginkan ALLAH yang aturkan segala urusan hati ini..walaupun pada hakikatnya aku sendiri takut..takut kiranya dengan penyepian aku ini membuatkan kamu menjauh diri, menghindar diri dariku..


Dua hari telefon aku sunyi tanpa mesej dan call darimu..sungguh aku  merinduimu..aku cari bayangmu dalam jagaku, aku rakam mutiara nasihatmu dalam lenaku..tapi hampa..x aku temui semua itu, sudahnya mataku berkaca tanda ada air mata yang mahu menitis..aku x mampu membohongi diri aku betapa aku rindu untuk mendengar leteranmu apabila aku melambatkan waktu solat, aku rindu mendengar nasihatmu supaya kurangkan berfacebook..aku rindu untuk mendengar teguranmu supaya membuang gambar dalam facebook..dan yang teramat aku rindu adalah untuk mendengar lantunan ayat Al-Quran darimu kerana di situlah bermula cintaku padamu...fahamilah wahai pujaan hatiku bahawa diamku bukan kerana aku membencimu akan tetapi aku mendoakan yang terbaik untukmu..

inilah yang aku inginkan!

Kau mungkin bukan yang pertama tapi Insyaallah Kau yang terakhir di hatiku..
seandainya jodoh itu milik kita...







Monday 3 December 2012

Bersyukurlah Dengan Apa yang Kita Miliki Hari ini..!

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat blogger..

Kali ini, Kita nak kongsi pengalaman baru kita dengan sahabat-sahabat kita yang telah turun ke kawasan sekitar KL bagi mengikuti program anjuran HEWI PMIUM iaitu WELFARE HOMELESS HEWI.

Program ini adalah di bawah kerjasama dengan sebuah badan NGO iaitu PERTIWI..secara tidak langsung kami  menjadi sukarelawan untuk mengagihkan makanan kepada gelandangan-gelandangan di kawasan tersebut. Antara tempat yang telah kami turun ialah JALAN TAR, MASJID JAMEK, KOTARAYA & MASJID NEGARA.

Team HEWI PMIUM dan sukarelawan PERTIWI.

Jauh di sudut hatiku..terasa begitu tersentuh apabila memikirkan bahawa masih ada lagi hamba Allah yang bermurah hati dan berjiwa penyayang kerana mereka masih mengambil berat perihal masyarakat sekeliling yang tidak bernasib baik. Meraka sanggup turun padang untuk mengagihkan makanan, minuman dan juga barangan lain seperti pakaian. Bertambah tersentuh hatiku kerana kebanyakaan dari mereka bukanlah sepenuhnya beragama islam. Aku turut gembira apabila melihat senyuman yang terukir di bibir mereka semasa mengagihkan sumbangan tersebut kepada gelandangan yang ada sebagai tanda mereka suka dengan kerja yang mereka lakukan.

Seorang mak cik tua juga merupakan gelandangan.

Menitis air mataku apabila melihat ada di antara gelandangan yang berkumpul untuk mengambil makanan itu adalah mak cik- mak cik tua. Sempat aku dan sahabat-sahabatku berbual dengan seorang mak cik, katanya dia berasal dari kedah, apabila ada orang yang agihkan makanan mesti ramai yang berkumpul kat situ. 

Hatiku tertanya.kemanalah anak-anak mak cik ini?  sanggup mereka meninggalkan ibu mereka yang tua ini tanpa ada rumah untuk berteduh..namun, aku tahan lidahku dari bertanyakan soalan itu, bimbang mengguris hati ibu tua itu..aku sekadar memerhati apabila dia bangun beratur bersama gelandangan lain untuk mengambil makanan.

Saat itu, hujan mulai turun renyai-renyai..aku terkedu, apabila terdengar suara seorang mak cik tua yang bertanyakan kotak kepada sahabatku. Dia mencari kotak untuk dijadikan alas tidur kerana katanya, kalau hujan macam ni, sejuk.. Allahurabbi..

Sampai 1 masa, aku tidak mampu menahan titis air mata apabila melihat seorang mak cik tua yang berlari-lari anak untuk mendapatkan makanan kerana pada ketika itu, kami sudah mengemas untuk pergi ke tempat lain pula..sayu hatiku apabila terpandang plastik yang berisi tin-tin kosong di tangannya..hatiku terdetik..mungkin dia ingin menjual tin-tin tersebut sebagai pendapatan harian..

Tiba-tiba hatiku teringat kepada ibu tercinta yang nun jauh di Terengganu..apa yang dia buat tika ini..aku tidak sanggup membiarkan ibu aku menerima nasib seperti mak cik- mak cik ini..Insyaallah, andai diberi peluang aku akan jaga kebajikan orang tuaku..

Anak-anak kecil yang berkeliaran di metropolitan.

Gelandangan-gelandangan ini bukan sahaja terdiri dari kalangan orang-orang tua tetapi ada juga dikalangan kanak-kanak yang belum mengerti erti kehidupan...Terpamer riak gembira di wajah mereka apabila mendapat bungkusan makanan..mereka ini bukan sahaja tiada tempat untuk berteduh bahkan jauh sekali untuk mendapat pendidikan..Bagaimana dengan masa depan mereka??..Ada juga anak yang masih bayi..yang masih berada dalam dukungan ibu turut berada di kawasan tersebut..bagaimana dengan taraf kesihatan mereka??terjaga ke??...

Ya Allah..Syukur Alhamdulillah kerana sehingga saat ini aku masih diberi kesenangan hidup walaupun tidak mewah..aku bersyukur dengan apa yang ada kerana di luar sana masih ramai yang tidak bernasib baik..masih ramai yang serba kekurangan..sedangkan aku ada tempat untuk berteduh..hari-hari perut terisi dengan makanan, bila sakit terus jumpa doktor..

Tidak ku sangka, rupanya di Malaysia yang di katakan negara yang aman ini, masih ada rakyat yang tiada rumah..hanya tidur di kaki-kaki lima, di lorong-lorong..beralaskan surat khabar dan kotak..

Bersyukurlah wahai sahabat dengan nikmat yang Allah limpahkan kepada kita sehingga detik ini..Jangan asyik mengeluh dan merasa tidak cukup kerana di sekeliling kita masih ramai yang menderita..

Hulurkan tangan, Ringankan beban..jika tidak mampu cukuplah dengan mengangkat tangan memohon kepada Ilahi agar mereka ini diberi kekuatan untuk menempuh liku-liku kehidupan ini..

Teringat pesanan seseorang kepadaku :

" Hidup di dunia bukanlah untuk mencari kesenangan hidup sendiri,
tetapi belajarlah untuk memberi manfaat kepada orang lain. "

" Berilah bantuan kepada orang yang berada di dalam kesempitan,
Kelak Allah akan melepaskan kita semasa kita berada dalam kesusahan.
Keyakinan kepada balasan baik Allah akan merangsang kita untuk melakukan amalan dan kebajikan dengan lebih banyak."

     





Sunday 2 December 2012

Kita Ditakdirkan Berpisah!


Mengapa perlu ada rasa rindu ini?...

Ianya cukup mendera jiwaku..
Hati aku dipagut rasa sedih..
Namun tiada air mata yang menemani kesedihanku..



Dia pergi atas permintaanku..
Beratnya hatiku untuk melepaskan dirinya,
Kerana aku tahu hatinya pasti terluka..


Tapi seandainya aku meneruskan hubungan ini..
Bagaimana dengan dia yang sejak dulu menyintaimu.
Sungguh,,aku serba salah..



Malam yang bertandang..tiada bulan purnama dan bintang kejora yang menghiasi dada langit..yang ada hanyalah gerimis yang sejak tadi tanpa henti mencurah ke bumi..
Agrhhhh..apa mampu aku buat kecuali menahan perasaan ini..


Pada-MU Tuhan aku bermohon..aku adukan rasa cinta dan rinduku untuknya kepada-MU..
 " ya Allah, sesungguhnya aku terlalu menyintai dan merindunya kala ini, puas aku tepis perasaan ini, tapi ia tetap hadir,, samapaikanlah salam cinta dan rinduku kepadanya ya Allah..semoga aku turut menjadi kecintaan dan kerinduannya.."
Aku yakin yang Engkau akan sampaikan permintaanku..sesunguhnya Engkau maha mengetahui apa yang bersarang dalam hatiku..

Wahai insan yang pernah mencuri hatiku...
Aku mengundur diri bukan kerana aku membenci dirimu..

Tetapi kerana aku terlalu cinta..
Biar aku sendiri yang mentafsirkan maksud cinta ini..



Biarpun dirimu menyatakan aku pergi kerana tiada lagi cinta di hatiku..


Biarpun dirimu menyatakan aku pergi kerana aku membenci dirimu..
Aku tak peduli kerana aku tekad..
Biarlah semua ini berakhir di sini..
Cukuplah setakat ini aku hanyut dalam ombak cinta terlarang..
Biarlah sampai setakat ini aku lelah dalam memiliki cinta manusia..



Aku ingin mencari diriku..
Aku ingin persembahkan cintaku kepada yang selayaknya..
Bukan kepadamu, bukan jua kepada lelaki lain..
Tetapi kepada pencipta diriku dan dirimu..
DIA yang lebih berhak..
Telah terlalu lama aku lalai..
Sudah terlalu lama aku hilang jejak diri..
Aku ingin kembali..
Kembali kepada prinsip hidupku..



Ya Alalh..bantulah hamba-MU ini untuk meraih kembali cinta-MU..
Terlalu lama aku terleka dengan keasyikan dunia sehinggakan apabila aku tersedar..
Aku semakin jauh dari-Mu..
Jika benar dia pelengkap kekurangan diriku..


Simpanlah perasaan ini sehingga dia halal untukku..
Jika dia milik orang lain..luputkanlah dia dari ingatanku..



CUKUPLAH ALLAH BAGIKU..
Aku Ingin Bahagia Walau Tanpa Bersamanya..