Monday, 22 October 2012

Cinta itu Anugerah~

    Cinta itu Anugerah.

Indahnya kuasa al-Quran. Kali pertama aku mendengar alunan bacaan al-Quran mu, aku terkedu, jantungku yang asalnya berdegup tidak sekata beralun perlahan-lahan mengikut merdunya alunan suaramu. sungguh, aku jatuh cinta dengan suaramu!

Aku berangan sendiri, alangkah indahnya jika suara ini yang menemani setiap langkah perjalananku. Aku tertanya, apakah aku telah jatuh cinta? apakah dia calon imanku?.. aku keliru,apa yang harus aku lakukan?..aku takut untuk bermain dengan perasaan sendiri. Aku cuba buang perasaan yang semakin hari semakin bercambah dalam hatiku tapi aku tidak mampu. Aku rindu untuk dengar bacaan al-Quranmu.


Aku  tak mampu untuk meluahkan isi hatiku kepada sesiapa kerana suatu masa dahulu aku telah berjanji pada diriku bahawa tiada cinta sebelum kahwin. Aku hanya ingin persembahkan cintaku hanya untuk teman hidupku tapi kenapa perasaan ni wujud. Aku takut jika cinta ini bukan milikku.

Dalam keresahan hati ini, aku teringat kembali pesan seorang sahabat :

   'Jika kamu jatuh cinta pada seseorang, berdoalah pada Allah kerana Allah yang memiliki hati hamba-             hamba-NYA. Jangan tunduk kepada cinta terlarang tapi kejarlah cinta Allah terlebih dahulu. Insyaallah pasti cinta seseorang yang turut mencintai Allah mengiringi. '



kenapa semua ni harus berlaku?..di saat aku ingin mengejar cinta ilahi, di saat aku cuba menjejaki kasih sayang Allah, mengapa aku di uji dengan cinta manusia. Puas ku usir perasaan yang menjengah ini..tapi semakin kuat ia mendera hatiku..baruku sedar betapa sakitnya mencintai seseorang dalam diam. Bagaimana pula jika dia sudah berpunya? Bagaimana pula cara untuk aku rawat hati ini agar tidak terhiris pilu?..

Apa yang mampu ku lakukan hanyalah berdoa dan terus berdoa. ku luahkan segala raseku pada Allah kerana aku tahu bahawa Allah sentiasa mendengar rintihan hamba-NYA. Setiap kali selesai solat, xjemu aku memohon dan meminta pada Allah agar di buka pintu hatinya untukku.
   
      "Ya Allah..redhakanlah aku dengan apa yang Engkau tentukan untuk aku ini, sesungguhnya Engkau Maha mengetahui..sedangkan aku tidak mengetahui. Jika sudah tertulis dia bukan jodohku, maka buangkanlah perasaan yang ada dalam hatiku ini. Jika dia jodohku, maka Engkau lahirkanlah perasaan cintaku padanya.
       Ya Allah... Jika benar dia bukan tercipta dari tulang rusuk kirinya maka aku akan redha..Engkau tentukanlah yang terbaik untukku...Jika Engkau sedang menguji aku..maka permudahkanlah ujian ini..Aku tahu sesungguhnya Engkau tidak akan menguji hamba-Mu itu melampaui batas kemampuannya. "

Ku cuba istiqarah agar Allah memberi petunjuk kepadaku dengan semua ini, namun Allah belum makbulkan permintaanku..mungkin Allah nak melihat kesungguhan dan kesabaran aku. walau apa-apa pun, aku hanya berharap sesuatu yang terbaik untukku, keluargaku,agamaku,duniaku dan akhiratku.



Gantikan cintaku padanya dengan cinta Allah jika itu yang terbaik untukku...~cinta sampai JANNAH~

1 comment: