Thursday, 1 November 2012

Kau Bukan Untukku...


Kau Bukan Untukku

Indahnya cinta yang Allah kurniakan ini...bahagia bagaikan kanak-kanak mendapat aiskrim...tapi ianya hanya seketika..bagaikan aiskrim..indah di permulaan tetapi lama-kelamaan ia cair dan saat itu tiada lagi keindahannya..aku cuba menggubah rasa bahagia itu seindah gubahan bunga di majlis perkahwinan, ingin ku baja dan ku siram agar ia sentiasa segar dan berbunga.. namun walau setinggi langit kita merancang, walau seluas laut terbentang kita merencana tetapi sebaik-baik perancang dan perencana adalah Allah..



Jika dipersoalkan..tiadakah rasa kecewa di hati kecilku??.. 
aduhh..sakitnya tidak dapat di hitung..hanya air mata menjadi peneman setia..menangis dan terus menangis..fikiran asyik melayang..hati mana tidak terluka, jiwa mana tidak dilanda gundah andai insan yang kita sayang, kita cintai akan dimiliki orang lain..tidak sampai 2 bulan..dia akan berkahwin..tiap masa aku menghitung hari dengan titisan air mata menanti saat itu tiba..
keterlukaan ini makin terasa bila aku tahu yang dia juga menyintaiku.. dia pun tidak menginginkan perpisahan antara kami..tapi apadayaku..aku hanya insan biasa yang Allah campakkan sedikit rasa belas kasihan dan rasa kasih sayang..aku tidak sanggup untuk meruntuhkan kebahagiaan kaum sejenisku walaupun pada hakikatnya aku juga ingin menjadi teman hidupku..
Aku pujuk hatiku...aku cuba untuk tidak berhubung dengannya tapi hanya 1 hari..aku tak mampu..aku tak sanggup kehilangannya..aku lemah di saat dia merayu supaya jangan tinggalkan dia..dia ingin mengambil aku sebagai isteri dia..tapi bagaimana??..bermadu?? wanita mana sanggup memegang status tu..Allah..tolonglah hambamu..kenapa aku jadi selemah ni??


Salahkah aku menyintainya??..aku sayang dia kerana agama yang ada padanya..
aku xpernah mintak perasaan ini bergayut dihatiku..tapi aku anggap ini anugerah Allah buat hambaNya.
Ujian Allah itu bersebab..aku pohon, andai dia bukan jodohku..buanglah segala rasa dalam hatiku ini ya Allah..tapi kenapa semakin ku pinta, semakin ku pohon dijauhkan perasaan itu..ia semakin kuat memain di hatiku..bagaikan dirantai..semakin aku cuba menjauhkan diri..semakin aku rasa dekat dengannya..
Ya Allah, aku tidak pernah menyintai lelaki lain seperti ini..jika dulu..andai aku jatuh cinta dan cintaku berbalas pasti perasaan tu hilang seta merta..tapi kali ini tidak..bila aku tahu dia juga memiliki perasaan yang sama padaku..aku rasa amat bahagia..rasa seperti ingin ku ikat perasaan ini dengan hubungan yang halal..tapi rasa bahagia hanya berbunga seketika..saat hatiku diulik bunga-bunga cinta..aku mendapat tahu bahawa dia adalah tunang orang..tabahkan hati ini ya Allah...



20.12.2012
Tarikh penentuan..andai tarikh ini mengubah statusnya..sematkan di dadaku kekuatan agar aku tidak lemah jika kehilangan cinta manusia...dan ku pohon ya Allah..izinkan aku bahagia walaupun bukan bersamanya..sepertimana aku mendoakan kebahagiaan dia bersama bakal zaujahnya..ada yang kata 'aku bahagia apabiala melihat dia bahagia walau bukan bersamaku'..tapi sejauh mana hakikat kenyataan itu??..bibir memang mudah menuturkan kata-kata tetapi apa yang hati tanggung tidak semudah itu..

Teringat kata-kata seorang sahabat :
'andai dah tersurat jodoh dia dengan kau, jangan kau bimbang kerana pasti dia akan bersama kau..jangan ditangisi semua itu..bila Allah dah tetapkan dia jodoh kau..walau dia bertunang atau berkahwin sekalipun..pasti kau akan memilikinya kembali..kalau dia bukan tercipta untukmu..kamu sayanglah dia setinggi gunung sekalipun..kamu cintalah dia seluas dunia ni..x akn bersama jugak kerana janji Allah itu pasti'


Jika dia bukan untukku, pasti Allah dah tetapkan jodoh yang lebih baik umtukku..bersabarlah...itu yang terbaik..
Ya Allah, sesungguhnya aku menyintainya keranaMu..hanya Engkau yang tahu sehebat mana perasaan yang bersarang dalam hatiku..jika masih ada jodoh untukku bersamanya..peliharalah perasaan ini..jika tidak, tabahkan hatiku..Engkau kuatkan hatiku sebelum tarikh itu tiba dan Engkau tingkatkan kekuatan di hatiku selepas tarikh tersebut...
Tipu andai aku kata aku menerimanya dengan hati terbuka..sekiranya luka di hati ini nampak jika di x-ray..pasti hati ini dipenuhi dengan luka-luka yang berjahit..yang masih mengalir darah merah..yang amat sukar diubati biarpun dengan iodin sekalipun..andai ia sembuh sekalipun,parutnya pasti berbekas..
kata orang..hilang tumbuh patah berganti..memang petul tapi mana mungkin sama..walau nama sama sekalipun ia tetap berbeza..


awak..saya harap awak bahagia dengan pilihan hati awak..memang hati saya sedih..tapi apa mampu saya buat..saya sangat mencintai awak..tapi Allah x takdirkan kita bersama..mungkin dia yang terbaik untuk awak berbanding saya..awak jaga dia baik-baik taw..jangan lukakan hati dia kerana wanita lain..saya pernah cakap kat awak..hidup ini tak lari dari buat pilihan..dan pilihan awak adalah dia..berat hati saya untuk melupakan awak..tapi sampai bila saya nak macam ni, sedangkan awak akan jadi suami orang...awak jangan benci saya..saya taw awak pun sayangkan saya..kita berdoa jelah awak erk..andai ada jodoh..adalah..
Ya Allah..sampaikan salam pegantin baru buat insan yang teramat aku sayang ini..aku xsanggup untuk mengucapkan sendiri..

                       'KAU KESAYANGANKU TAPI KAU BUKAN MILIKKU'










3 comments:

  1. Ceritanya,,, sangat menyentuhh bangett,,,,
    itu sama seperty kisahku,,,
    aku suka artikelnya,,,

    ReplyDelete
  2. Semoga anda tabah n kuat hadapinya...mmg sukar tp insyaallah pasti ade pelangi yg cantik selepas hujan mmbasahi bumi...

    ReplyDelete
  3. Allah sedihnya saya baca..Saya merasai ape yang awak rasa. Semoga kita kuat n percaya Allah aturkan yang lebih baik...

    ReplyDelete