Glitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text Generator

Monday 29 October 2012

Merindu Tanpa Kata~



~Merindu Tanpa Kata~

Saat kaki ini melangkah ke halaman rumah, hati dipagut rasa sayu. Rindu pada seraut wajah yang sentiasa menyambutku bila aku balik bercuti di kampung. Tapi apakandaya, perginya tidak akan kembali lagi. Walau sehebat mana ingatan aku pada dia, dia tetap tidak akan kembali. Walau seribu kali ku seru namanya, dia tetap tidak akan kembali.

‘ Bie..kenapa cepat sangat mu tinggalkan aku?..mu tahu tak yang aku sunyi bila mu xde..sape lagi yang nak berkawan dengan aku?..imah dah kahwin,dah ada suami..izzati ada kat indon dah,lambat ag balik…aku???..bila duk u memang aku ada ramai kawan..kadang2 bleh ah lupa kesedihan 2 seketika..tapi bile aku ada kat kampung..aku sorang2..kat sape ag aku nak kongsi sume citer..bile aku balik umah,mesti aku tanya mak sal kau..’bie x mai umah ke??..’ada mase aku lupa yang mu dah tinggalkan aku.aku rasa mu tetap ada..mu xpernah mati..sedangkan aku yang mandi,kafan jenazah mu..aku rindu sangat kat mu..tiap kali aku rindu mu..aku mesti hantar msj kat no mu..kadang2 aku rasa mcm xbetol je..mcm org giler..huhu.. ‘

Masih segar di ingatan sebulan sebelum Bie pergi..

(Bie mesej)

“nurul, mu balik bile? Aku bosan duk kampung xde kawan…”

“aku balik lusa, sabar ah..kjp je pon ag”

2HARI SELEPAS TU…

“mu ada dumah x?...aku nak g umah mu ea”

“aku nak g sekoloh ea, nak jupe ustazah..pahtu nak g bndo, nak g cari baju batik dengan kawan aku”

“dah mu balik bile plok?”

“xtaw ag..xpon aku tdow umah kawan aku.”

“aku bosan duk umah”

“mari jelah, farihah ada..mu kawan ah dengan dia..mcm xbiasa”
“tengok ah dulu”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

       Kebetulan aku mmg tidur rumah kawan aku malam tu sebab tak selesai lagi pasal baju batik. Bile sampai rumah keesokannya, dia yang sambut aku depan muka pintu.

“mai bile?” soalku.

“marin ag, tidur cni doh malam.” jawab bie.

“dah malam ni mu tidow cni plok ea.” Ajakku.

“erm, banyak benda aku nak cerita ke mu..lame dah aku pendam.” ujarnya perlahan.

“xpe ah, tunggu malam ni..maghrib dah ea..pah myg2 ah” balasku sambil melangkah ke dalam rumah.

Selesai solat maghrib, mengaji quran, macam biasa..kami makan malam bersama.

“mak, malam ni ada ustaz x kat surau?” soalku.

 Macam biasa, aku akan ikut mak pergi dengar kuliah kat surau kalau ada ustaz. Bile duk U, rindu sangat nak dengar kuliah-kuliah kat kampung.

“xtahu, lama dah ustaz x mai wak kuliah kat surau ea.” jawab mak ku.

“erm..dah jemput ustaz mana jadi iman solat tarawih exg?” soalku lagi.

“xdop bunyi lagi..jmput ustaz luor lah kot macam biasa.” Ujar mak sambil menyuap nasi ke mulut.

“erm..sedih rasa xleh puasa kat kampung tahun ni..rindu nak myg tarawih surau.” aku bersuara sayu.

“ dah ikut program org, terpaksalah..kalau xpergi xleh ke?” soal mak. Aku tahu, mak pun berat nak biarkan aku balik UM kembali..Baru lagi sampai rumah, dah nak pergi lagi.

“ikut hati mmg xnak pergi..xbest puasa kat tempat org…dah masuk dalam persatuan tu..kena ikut ah..cuti pon macam x cuti.” sungutku

“dah tu nak g surau x ni?..lewat dah ni?”..soal mak, mengalih topik.

“xde ustaz malas ah..ag pon bie ada dumah ea.”

Selepas mak pergi surau. Aku pon masuk bilik, aku belek koleksi novel atas meja..kalau xde kerja, mmg menghadap novel ah kerja aku..xkira ah dah berapa kali khatam pon.

“ eh, xde gambar terbaru ke mu duk u?..” soal bie.

“ ada, tgk ah dlm ltop 2..” jawabku

“ sejuk hati tengok gambar-gmbar pak-pak ustaz ni. Budak kelas mu sume ke ni?..”soal Bie lagi.

“mane?” mata aku pon menghala ke skrin ltop.

“nilah” Bie tunjuk pada gambar budak-budak lelaki kelas aku.

“erm..budak kls aku lah 2..alim-alim sume, aku je x serupa ustazah” balasku dalam ketawa.

“ pakwe mu yg mne?” soalan ni memang selalu Bie tanya bile jumpe aku.

“mane ada gok, sape lah nok ke aku ni..ustaz-ustaz ni bkn pandang aku ni..haha..” ucapku sambil menepuk bahunya.

“ejas ah ke aku sorang”

“dah mu dengan Azzu gane sekarang?”

“gitulah, mu marah x aku kapel dengan dia?”

“nak marah apanya?..bukan aku nak ke dia pon..kwn je pon”

Azzu kawan aku,kenal masa kem tingkatan 6..aku suruh Bie kawan dengan dia sebab aku malas nak layan..xsangka plok sangkut.

“ntah ah, aku mmg kapel dgn dia..tapi aku xtaw mane sudahnya..mu taw lah aku ni sakit”

“sakit 2 bukan penghalang”

“sekarang ni aku makan ubat klinik syukur, ok ah ckit nampak”

“mu ni makan ubat ikut dang je kali…bahaya ah..dah mu g syifa’ ye kata nape?”

“ xgane-gane pon..ye bagi air tawar kot..aku mls doh nak fikir..sakit aku ni xsembuh doh..susah dah.”
“sabarlah..Allah nak menguji tu”

“dah betol ke mu nak g UM mule bulan pose ni?”

“erm..mggu depan aku g..ada ihya’ ramadhan..”

“xleh ke kalu x g, mu x kasihan ke aku ke?..aku xdop kawan kampung..duk dumah kena marah jer..tekan aku..”

“bakpe?..masalah ayah chik mu ag ke?..ntah ah bie, ikut aku mmg xmboh g..aku xpernah pose jauh dari kluarga..tapi gitu ah..nak gop cari pengalaman..”

“dah mu balik bile plok?”

“seminggu sebelum raya..tadi mu kata nak cerita benda ke aku..nape?”

“ayah chik aku makin lame makin lain..sokmo nak marah aku, sume bnda aku buat sume salah di mata dia..ye hina aku, kata aku macam-macam..sampaikan ye xngaku aku anak saudara dia.”

“sampai gitu ke??..teruk ngat..bukan ke ye 2 xtinggal surau”

“tulah..makin ye banyak dengar kuliah agama, makin jadi gitu..aku tahu ah aku ni xbaik, plok 2 sakit..nyusoh ke org je bile nyakit aku mari..ye kata aku mayang xcukup lah..mmg ah liat ckit nak myg..tapi aku tetap myg..”

“niat ye nak tegur mu tapi ye salah cara..umur macam kite ea, xleh dah marah2..tapi tegur dengan berhikmah..sbb apa?..sebab bile org marah gitu..lagi ah rase malas buat..bukan budak umur 7tahun..”

“ mu lain..mmg ye baik dengan mu..sbb mu bljor agama, pakaian ok..tudung labuh,,,tapi aku..pakaian wak sakit ati dia je tgk..”

“xkan setakat 2 ye nak benci ke anak saudara sendiri”

“ye malu kot ada ank saudara macam aku ea..hari 2 sekali aku makan nasi..ye kata ke aku..’xyoh makan-makan lah..wak habis beras je mu hidup pon’..”

“astagfirullah, smpai gitu sekali”

“aku malas doh nak duk umah 2..tapi kalau aku balik umah mak aku, mak aku xbagi..sbb nyakit aku makin jadi kalu balik sana”

“sabarlah bie…”

“aku puas sabar dah..aku rasa baik aku mati daripada hidup..aku hidup pon buat menyusahkan org je..kalu aku mati baru ayah chik aku suka..ntah-ntah buat kenduri sbb aku dah xde dalam hidup dia..”

“ishh..jangan kata gitu..xbaik..mu tengah tekan 2…tenang2 dulu”

Suasana sepi itu berlalu begitu sahaja bile mak balik dari surau. Aku ajak Bia tengak tv bersma..aku xnak dia asyik fikrkan kesedihan tu..tiba-tiba aku rasa berat hati nak tinggalkan dia kat kampung ni..aku taw dia dah xde semangat untuk hidup..aku rasa tanggungjawab aku nak buat dia happy seperti dulu..


“petang ni g usrah blake.” pesan mak.

“ustazah ah ada mai ke?” soal ku.

“xde plok dia bagitaw xleh mari..ada lah kot.”jawab mak.

“jom siap.” Aku cuit Bie Kakakku.

“comellah aku tengok mu pakai tudung labuh ea, ada x yang lain?…aku rasa macam nak pakai jugak je” ucap Bie sambil memandang ke arahku.

Aku memandang Bie untuk memastikan apa ynag dia ucap sebentar tadi. Aku lihat dia bersungguh-sungguh. Aku hanya senyum.

“cepatlah, ada x?”gesa Bie lagi.

“betul ke nak pakai?..x malu ke jumpa makcik-makcik kat surau nanti?.” Soalku minta kepastian. 

“ bukan aku buat salah, buat pe nak malunya. Aku xkisah org nak cakap pe pun. Mulut org bukan leh tutup.” Jawab Bie selamba.

“ada aku buat balik baru ni..dalam beg lagi kot, g lah cari.”ujarku sambil membetulkan tudung di hadapan cermin.

“tolong gosok!..aku xpandai gosok tudung besar-besar ea.”pinta Bie.

“Sebab mu nak pakai, aku tolong..terharu rasa..”

Aku capai tudung warna putih di tangannya dan terus aku gosok.

“comel ah Bie mu pakai tudung ni.sesuai dengan muke mu..macam ustazah je.”puji kakakku.

“kalau pakai tutup aurat,ikut islam ajar..semua comel.” Sampuk mak.

Aku nampak mak pon seakan-akan terkejut lihat Bie pakai macam tu tapi mak senyum jer.

“dulu aku pon malu nak pakai tudung labuh ni..ni pon first time aku pakai kat kampung..kat U mmg aku pakai..malu ah, nanti mak cik- mak cik tengok pelik..” luahku semasa dalam perjalanan ke surau.

Sampai je kat perkarangan surau, banyak mata memandang kami, aku tahu yang menjadi perhatian mereka bukan aku, tapi Bie.

“lah mu Bie, ingatkan sape tadi comel sangat.” Tegur mak cik Bidah.

“comel tengok anak-anak muda pakai tudung labuh ni, sejuk hati.” Sampuk mak long kiah.

Setelah hampir setengah jam menunggu, ustazah ah tidak sampai-sampai, aku dah jangka..xde usrah hari ni sebab biasanya ustazah tidak pernah lewat.

“xdok agoknya usrah hari ni, pkul 3.30 dah ni..” ujar mak cik bidah.

“ g lah nak balik pon nurul, ngatuk je nampak.” Kata mak kepadaku.

Sampai je rumah, aku terus tidur..memang ngantuk sangat-sangat. Masuk asar baru aku bngun. Aku nampak tudung yang Bie pakai tadi ada atas katil. Tapi Bie tiada.

“Bie mane?” soalku apabila melihat kakakku masuk bilik.

“balik dah.” Jawab kakakku.

“cepat sangat, balik gitu jer.. x bgtaw sepatah pon..”

“dah mu tidur..xkan nak kejut plok.”


Semasa aku sedang asyik sembat baju kurung, Bie datang rumah dengan mak saudaranya.

“jahit baju raya ke nurul?” Tanya mak cik Ani.

“ jahit je, bukan baju raya pon.. xbeli ag baju raya..” jawabku.

“aku xfikir pon sal baju raya, malas nak raya tahun ni..kak ja aku ada ah beli baju sepasang kat aku, hajat nak pakai baju sedondon tahun ni sekeluarga..cukup ah tu sepasang.” Ujar Bie.

“ Aku pon xberapa nak fikir jgk..dah ah pose negeri org..macam x bermakna je raya.”

“ mu nak g bile? Jadi ke?” Tanya Bie.

“jadilah, malam esk dah g..beli dah tiket.” Jawabku perlahan.

“ sorang plok ah aku xdok kawan.” Aku dengar Bie bersuara lemah.

“ kejap je pon aku g..tiga minggu je..nanti aku baliklah raya.” Sahutku.

“ bosan ah..naik motor jap, meh ah ajar aku..” aku meletakkan baju yang aku sembat atas kerusi dan aku turun ke halaman rumah.

Perlahan-lahan aku cuba bawak motor ayahku mengelilingi halaman rumah.

“ g bawak atas jalan nung..” tegur Bie.

“ xmboh ah, x berani..” sahutku.

“ kalu xmboh bawak atas jalan baik xyah belajar..” kata Bie lagi.

“aku pandai dah Cuma takut nak bawak atas jalan je..lori banyak..” aku cuba membela diri.

“mu sama ah macam ifah..nanti bila aku dah xde, sape nak jadi driver mu dua orang?..” bidas Bie.

Aku Cuma senyum tanpa kata apa-apa.

Setelah lama aku sembang dengan Bie, mak dengan mak cik Ani pon sudah banyak bertukar cerita. Bie mintak izin nak balik. Itulah pertemuan terakhir aku dengan Bie sebelum aku pergi UM untuk ihya’ Ramadhan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Di UM aku semakin sibuk dengan pelbagai program, kadang-kadang curi-curi je masa telefon mak, tanya khabar. Seminggu lebih di sana, kakak sulongku bagitahu Bie masuk wad, dah 2,3 kali keluar masuk wad..doktor tidak dapat kesan penyakit apa. Aku tidak berkata apa-apa sebab aku sangka penyakit lama dia.

Sehari sebelum balik ke kampung, tiba-tiba aku rasa teringat sangat kat Bie. Masa tu tengah tunggu waktu waktu berbuka puasa. Ada iftor ramai-ramai kat UM. Aku mesej Bie.

“salam, dengar khabar mu keluar masuk wad. Sakit pe?”

“wslm, xtahu lah nurul..sakit aku nilah..ni ok ckit, ada kat umah dah.. mu doalah ke aku banyak-banyak moga cepat sembuh.”

-----------------------------------------------------------------

Dalam perjalanan balik kampung, dalam bas..kakak sulongku telefon bagitahu, Bie masuk wad lagi. Aku terkedu. Kenapa sampai macam tu. Semalam baru aku mesj dia. Dia cakap dia ok dah.

Petang tu, aku pergi ziarah Bie kat Hospital. Saat kaki melangkah dekat katilnya, aku tergamam. Bie lain sangat..rupanya dah berubah, dia bukan bie yang aku kenal..rupanya yang dulu putih tapi kelihatan macam terbakar..tubuh dia penuh dengan parut gatal dan menggelupas..bibir kering,pecah. Aku diam tanpa kata. Hanya mak dgn kakak je yang bercakap dengan Bie..tapi Bie diam je..kakak dia cakap, dia xde suara nak cakap..makan pon xnak. Sebelum balik, aku salam dengan Bie..dia genggam tangan ku erat tapi tiada suara yang keluar dari mulut kami.sedangkan dulu pantang jumpe..macam-macam cerita keluar.

Balik je rumah aku macam orang bingung..aku xpercaya tu Bie..masa aku tinggal dulu baik-baik je..sihat je..tapi aku balik kali ni..aku terpaksa jumpa dia kat wad.

Keesokkannya, aku dapat berita yang Bie terpaksa dikejarkan ke Hospital Besar Kuala Terengganu sebab tidak sedarkan diri. Bie koma selepas penyakit dia menyerang. Aku tidak mampu buat apa-apa, hanya menunggu berita dari masa ke masa. Saat doktor bagitahu yang Bie dah xde harapan untuk hidup lagi,sekarang hanya bergantung kepada mesin penyambung nyawa,, aku pon tidak rasa apa-apa..bagi aku semua itu mimpi..

Malam tu, dekat surau buat solat hajat minta Allah sembuhkan Bie selepas solat tarawih..kami hanya bergantung harapan kepada Allah kerana Allah sahaja yang mampu beri kesembuhan kepadanya.
Pagi esoknya, aku dapat panggilan yang bagitahu.. Bie dah stabil tapi belum sedar..aku panjatkan kesyukuran kepada Allah..Aku dah janji. Bila Bie sedar aku nak dia tinggal dengan keluarga aku, aku xsanggup dah nak dengar dia menderita, xnak dah dengar cerita sedih dia..biarlah dia bahagia pula..walaupun aku xde kat rumah..biarlah dia tinggal dengan mak..ikut mak pergi surau..pergi usrah..itu lebih baik.

Namun, baru je rasa lega dengan berita tadi, dapat paggilan semula yang bagitahu.. Bie nazak..kalau ada yang nak jumpa untuk kali terakhir,datanglah hospital..Aku tergamam kembali..Aku tinggal baju yang sedang aku jahit atas mesin. Fikiran aku hanya Bie..aku ikut je gerak langkah kaki dan tangan bersiap sedangkan fikiran aku kosong..

Sesampai je rumah Bie, dapat panggilan dari hospital yang Bie dah xde.. aku bingung..xtaw nak buat apa..

“Bie pon dah xde, mak xyah pergi ah hospital..biar mak urus persiapan kat umah je..” suara mak mengejutkan aku. Aku hanya mengangguk.

“nurul mari g hospital..nurul kuat sikit, adik beradik dia sana lemah blake, takut buat x ingat Allah je.” Kata Mak Cik Ani.

Sampai di hospital, mak Bie peluk aku, menangis di bahu aku.. aku hanya diam tidak mampu menangis sebab aku tidak percaya yang Bie dah mati.

“Bie dah xde, dia dah tinggalkan kita.” Ucap mak Bie sayu.

“sabarlah, itu lebih baik untuk dia, dia dah lama menderita, biarlah dia pergi mengadap pencipta. Kita dah x mampu nak jaga dia, sebab tu Allah ambik balik apa yang dia pinjamkan untuk kita.” Pujukku.

Aku melepaskan pelukan mak Bie. Aku pergi ke arah adik beradik Bie yang lain. Semua sedang bemuram durja.

“sabarlah mira, ikutkan sedih..aku lagi sedih..banyak benda dia mengadu kat aku..dia cerita segala kesedihan dia kat aku..bile fikir macam aku menyesal sebab balik kjp je baru ni..aku g balik UM sebab ada kerja..sedangkan dia x bagi aku g..” luahku kepada Mira, adik Bie.

“aku dah redha dia pergi daripada dia terseksa..aku tahu dia banyak kongsi cerita ke mu sebab mu yang rapat dengan dia..kami duk jauh.” Ujar mira sambil menunduk ke lantai hospital.

“masa aku balik baru ni dia ada cakap, baik dia mati daripada menyusahkan org..aku xsangka dia betul-betul pergi..sampai hati ayah chik mu buat gitu..”

“dia ada cerita ke?..tapi aku tengok ayah chik dah lain..nampak dia menyesal..lagi pon dia yang banyak jaga arwah kat wad ea..”

“sekarang ni, jenazah Bie nak urus kat cni ke nak buat balik rumah?”

“ayah chik cakap, urus kat hospital senang..lagi pon sekarang bulan pose..susah kalu urus kat rumah..ni pon dah petang”

“hari tu dia ada cakap yang dia xnak raya..baju raya pun xbeli..macam taw-taw je yang dia xsempat nak raya.” aku membuka cerita.

“tahun ni baru cadang nak pakai baju sedondon sekeluarga tapi xsangka dia xsempat nak pakai.” Kata Mira perlahan.

“ jom ah turun, kat kat tempat pengurusan jenazah.” Suara ayah chik Bie mengganggu perbualan aku dengan Mira.

Sepanjang hidup aku, inilah kali pertama aku melalui semua ni.aku memang terkenal dengan penakut.tapi kali ni aku gagahkan diri..

“mane waris perempuan, nak minta tolong mandikan jenazah?” tiba-tiba seorang lelaki keluar dari bilik mandi mayat.

“nurul boleh x masuk..tolong mak cik kat dalam..mak cik Ani xleh, xsanggup nak tengok..mak adik lagi xleh..tengah mengandung..mak Bie pon x berapa sihat.” Rayu mak cik Ani.

“tapi orang takut..orang xpernah pon sebelum ni.”ujarku perlahan.

“boleh  x ni?” uajr pak cik tadi.

“takut..”jawabku sepatah.

“xyah takutlah..bukan orang lain..nurul yang baik dengan dia sebelum ni..mesti dia suke kalau nurul yang urus jenazah dia..” pujuk mak Bie.

“pak cik lelaki..kalu x, pak cik tolong dah..nak mintak tolong cucur air je..”bals pak cik tu lagi.

Dengan lafaz Bismillah, aku melangkah perlahan masuk ke dalam bilik yang disediakan, saat aku terpandang wajah Bie..aku berpusing..

“astagfirullahalazim..”

“knp?..xpe, boleh..kena kuat ckit je.” Ujar pak cik tadi.

Aku kuatkan semangat, aku masuk jugak..aku terkedu saat terpandang jenazah yang terbujur kaku di hadapanku. Wajah Bie dah kembali kepada asal..bukan lagi wajah yang aku lihat di hospital dulu..tubuhnya juga dah xde parut-parut gatal..semua macam asal masa dia sihat dulu. Inilah Kuasa Allah.

“adik ni siapa?..” Tanya mak cik yang sedang memandikan jenazah Bie.

“ sepupu dia.” Jawabku perlahan.

“ ni adik ambik sabun ni..gosok-gosok kaki dia..” aku menyambut sabun yang mak cik hulur dengan tangan yang terketar-ketar.

Aku renung sabun di tanganku..tanganku masih menggigil.Aku tahan rasa sebak di dada. Perlahan-lahan aku sentuh hujung kakinya..

“ya Allah..sejuknya..” bisikku perlahan.

Dengan perasaan sebak yang menggunung, aku gosok jugak tubuhnya mengikut arahan mak cik itu. Aku pun tidak tahu dari mana datangnya kekuatan ini.

“ meninggal sebab apa?” soal mak cik memecah kesunyian.

“ xtahu, doktor cakap organ dalaman dia banyak dah rosak sebab banyak bercampur ubat.asalnya dia sawan je.”ceritaku ringkas.

“ macam ada masalah hati tengok pada tubuh dia kuning je ni..” sambung mak cik.

Aku hanya diam. Aku hanya ikut arahan mak cik sehingga selesai.

“pak cik kat luar 2 suami mak cik ke?” aku cuba meramahkan diri.

“ aha.. suami mak cik, dia nak tolong x boleh sebab perempuan. Mak cik baru lagi kat sini, xsampai lagi setahun.” Jelas mak cik.

“sekarang ni kita nak kafan, adik pegang kain hujung..balut selapis demi selapis..lepas tu ikat kain yang last.” Ajar mak cik kepadaku..

Aku hanya menurut.

“ untung belajar pengurusan jenazah ni, nanti kalu ada ahli keluarga kita meninggal senang..xperlu cari orang luar..tapi sekarang, budak-budak muda x minat.” Ujar pak cik.

“ dah siap ni, bleh lah panggil waris-waris kat luar kalau nak cium jenazah.” Ucap mak cik.

Selesai urusan kafan, aku keluar dari bilik tersebut..x sanggup dah nak berlama-lama.air mata bercucuran keluar tanpa henti..dari tadi aku menahan sebak..barulah aku sedar bahawa semua ni bukan mimpi tapi hakikat yang perlu aku terima. Bie memang dah tinggal kan aku selamanya. Tangan aku masih terketar-ketar..aku genggam kuat-kuat kerusi yang aku duduk untuk buang segala rasa sedih.

“sabarlah nurul..” pujuk Mira.

“dia baru rasa sedih lepas mandi jenazah tu..dari tadi dah tahan.”kata mak cik Ani.

Selesai segalanya..jenazah diangkat masuk dalam van jenazah.

“sape yang nak naik van ni?..” Tanya ayah chik Bie.

“ orang naik pon, orang xleh bace quran jgk,uzur.” Jawabku bile semua mata memandangku.

“ifah bleh baca, tapi ifah xnak naik sorang..kalu kak nurul nak teman, ifah nak ah.” Sahut afifah,sepupuku yang lain.

‘ya Allah..ujian lagi..mmg betul-betul menguji..semoga aku mnjadi lebih kuat lps ni’ bisik hatiku.

“ifah x takut ke?” soalku.

“kalu kak nurul ada, xtakut lah.”balas ifah.

“ok lah macam tu..kite tawakal.”

Setelah kaki melangkah masuk ke dalam van jenazah, Alhamdulillah, ayah Bie pon masuk sama menemani kami.

Dari kejauhan, perkarangan rumah dipenuhi dengan manusia. Perasaan sebak datang kembali. Aku sedar, sebentar lagi bukan setakat roh dia yang pergi tapi jasad dia pon akan tinggalkan aku.

Saat pintu van jenazah terbuka..ramai yang terkejut sebab bukan jenazah yang turun tapi aku yang turun dulu..memanglah orang terkejut sebab aku terkenal dengan sifat penakut,alih-alih turun dari van jenazah..keranamu Bie.

Turun dari van jenazah, aku lihat mak mengesat air mata..lagilah aku sebak..aku berlari naik atas rumah..aku lepaskan segala sebak didada..menangis dan terus menangis.

“janganlah gini, xbaik..sabarlah..semua orang sedih.”tetiba aku rasa ada tangan yang menggosok belakangku.

“xpelah kak ra, dia yang mandi, kafan Bie tadi..mmg dia akan terasa..lepas kafan tadi..dia menangis dah.” Sayup-sayup aku dengar suara mak cik Ani.

“mak mne?” Tanyaku perlahan.

“ada kat bawah kot, kenapa?”

“nak balik jap..nak mandi,tukar baju.” Jawabku lemah.

Saatku turun tangga, aku terpandang mak duk di muka pintu.

“mak, nak balik jap. Nak mandi, tukar baju..tadi mandi jenazah Bie.” Aku cuba mengawal sebak.

“ bukan ke xleh semayang?..bleh ke mandi jenazah?” soal mak.

“xtahu, dah xde orang lain..terpaksalah.”jawabku lemah.

“dah darurat nak buat mcm mne, mandi dengan air suam, gosok sendi-sendi..biar baung badi mayat tu.” Ujar mak cik bidah yang kebetulan ada sama kat situ.

“nak balik dengan sape? Pastu nak mari mule ke x?”

“suruh alim hantar jap..biar ye tunggu ah kjp.”

Sedang aku termenung jauh,aku terpandang seseorang yang aku kenal datang. Aku naik atas rumah, xsanggup untuk berhadapan. Dari jauh aku dengar suara ayah chik Bie bersuara.

“kawan Bie, dia nak tengak jenazah, nak baca yasin.”

Waktu berbuka makin hampir. Tetiba aku terfikir tetamu di bawah.. Ringan tanganku hantar mesej.

“Azzu balik dah ke?..mailah berbuka sekali.”

“xpelah Azzu berbuka dalam kereta.”

“erm..orang nak simpan jenazah lps tarawih. Azzu taw x?”

“xtahu..tq sbb bgtaw. Xpe..azzu tggu sampai selesai.”

“ok..masjid ada kat depan sana, kalu nak solat pergilah.”

“ok..jannah ok ke?..jangan sedih2 taw.”

“Sape xsedih azzu..orang balik2..orang kena terima semua ni.”

“jannah kena redha walau apa sekali pon yang berlaku.”

“ntah ah azzu..susah..huhu.”

“azzu pon xde semangat dah..”

Selesai tarawih di masjid. Orang ramai datang untuk solat jenazah dan bawa jenazah ke tanah perkuburan. Aku dah redha dengan segalanya..air mata pon dah kering untuk menangis.

“ sakit nape yang sebenarnya..xdengar pun masud wad..tiba-tiba dengar khabar xdok doh..” persoalan inilah yangsering diajukan bile ada yang datang menziarah. Aku dah bosan untuk menjawab tapi aku cuba maniskan wajah untuk melayan orang yang bertanya.

“ acap dah kluar masuk wad, tapi x heboh sebab kami pon ingat sakit-sakit biasa je..asalnya dia demam..tapi xtaw plok Allah jemput dia awal..” nilah skrip aku bila ada yang bertanya.

Aku cuba mengawal emosi bila ramai yang bercerita perihal Bie sepanjang hayatnya. Rasa xpuas mendengar ceriat-cerita orang tentang kebaikannya.

“ baik budaknya..kalu jumpe kite gop, tegur sokmo..”

“ ramah sungguh dia, cakap pun lembut je..”

“ petang-petang adalah g kebun dengan mak cik dia.”

“ masa dia g surau tu nampok doh lain..seri muka dia,,plok tu pakai tudung labuh..lawo sungguh..”

Aku dah xsanggup mendengar sume 2..aku bawa diri ke dapur bersama saudara mara yang lain. Tapi cerita tentang dia jugak yang dibahaskan.

“ sebelum dia masuk wad last tu, dia buka pose dumah..dia nak sangat minum air batu..aku larang doh..tapi dia kata, xpelah..kalu pantang pon x sembuh jugak nyakit dia 2..aku pon bagilah sikit..xpelah x kempunan dah dia..” cerita mak ngah limah.

“ sape-sape nak g cium jenazah, g lah turun sebelum orang nak bawak g kubur..” laung suara di dalam rumah.

“  nurul, mu xmboh g cium kali terakhir ke?..” tanya Mira.

“ g lah..aku xleh..aku xpernah cium jenazah..” jawabku sambil mengeleng.

Itulah hakikat, aku memang x boleh dengan mayat. Bapa saudara aku meninggal dulu pun aku x cium..jangankan cium..tengok jenazah pun sampai xboleh tidur malam.

Setelah selesai semuanya, akhirnya..bersemadilah kamu Bie di alam barzah sana..aku pasti akan sentiasa merinduimu setiap masa dan ketika. Kerana bayangan mu xpernah padam dari hatiku.
Takbir raya telah kedengaran sayup-sayup dari surau, sayu rasa hati..esok umat islam sambut hari raya Aidiladha..dah 2 bulan lebih mu pergi..tapi rasa baru semalam kita bermain bersama..indahnya kenangan itu..

Bila duk KL aku rindu sangat nak balik kampung..padahal aku tahu..bile aku balik kampung…aku akn bersedih..rase keseorangan..asyik teringat kat mu je..lebih lagi bila izzati dan adila mai rumah..sebelum ni mu yang bawak diorang mai umah berkawan dengan aleeya..tapi sekarang semuanya dah berakhir..tinggallah aku sendiri..

selamat tinggal Bie..moga tenang di sana!

2 comments:

  1. sabar ye awak... jgn lupa selalu berdoa ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah..moga Allah beri kekuatan untuk menhadapi hari-hari tanpa dia..

      Delete