“Allah x beri perjuangan islam ini dalam masa singkat tapi Allah uji
perjuangan ini dengan kesulitan demi kesulitan dan barulah diberi kemenangan.
Orang yang percaya dengan janji Allah je mampu berjuang. Setiap penderitaan,
kesusahan dalam berjuang untuk menegakkan agama Allah akan dikurniakan ganjaran
pahala.”
Terngiang-ngiang kembali ceramah yang pernah Tuan Guru Haji Hadi Awang
sampaikan semasa di HIMAT, himpunan muslimat PAS Negeri Terengganu tahun lepas.
Begitu juga dengan kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Mad yang
menyebut tentang perjuangan. Katanya :
- Berlumba-lumbalah mencari kebaikan.
- Allah berpesan supaya berlumba-lumba mencari kebaikan.
- Yang baik itu ialah apa yang Allah dan Nabi nak, suka.
- Kayu pengukur kepada kebaikan itu, apa yang Allah suruh.
- Masa hidup atas dunia nilah nak buat kebaikan pun, bila mati xleh doh.
- Kalau ada harta, infakkan kepada jalan kebajikan.
- Jangan khuatir kalau dalam perjuangan islam xdapat balasan kat dunia,
xramai orang ikut sebab semua tue dikira di akhirat kelak.
- Perjuangan kita xmenjanjikan kemewahan.
- Perjuangn islam benda mahal, sebab tue kerja perjuangan ini, di dunia
payah sebab Allah beri ganjaran besar di akhirat. Allah berpesan suruh bersabar
dan sembahyang.
- Nabi apabila menghadapi masalah,
baginda sembahyang.
Bangkitlah JANNAH…Allah dah pilih kamu untuk berada di jalan perjuangan
ini..kamu dah dikira bernasib baik, sedangkan masih ramai di luar sana yang
masih mencari-cari jalan kehidupan. Buang segala ego, segala kekecewaan dengan
manusia..Bangunkan jiwamu, kentalkan hatimu, balutlah, rawatlah luka dihatimu
dengan janji-janji Allah..bahawasanya Allah membeli ANSORULLAH dengan syurga. Pedulikan kata
orang kerana manusia hanya tahu menghukum sedangkan Allah itu amat luas kasih
sayangnya.
Ingatlah “ISLAM TAK PERLUKAN KAMU, TAPI KAMU YANG PERLUKAN ISLAM”
Setelah sekian lama aku menyepi diri dari gerak kerja Jemaah, setelah
sekian lama aku mengasing diri daripada bersama-sama sahabat-sahabat Ansorullah
ku..detik ini barulah timbul rasa kesal dengan sikap keegoanku..betapa terlalu
lama aku berada dalam kerugian sedangkan sahabat-sahabat lain begitu sibuk
mencari ilmu dakwah, begitu asyik dengan kerja-kerja perjuanagan
islam..sedangkan aku berteleku sendiri..membawa rajuk hati yang entah bila akan
berakhir..mana mungkin aku boleh meminta semua orang memuaskan hatiku sedangkan
aku sendiri tidak mampu memuaskan hati semua orang.
Betapa sahabatku sayang.. ATUL, tidak pernah jemu menasihati hati ini,
memujuk diri ini..bahkan tidak pernah lupa mendoakan aku supaya terus
bersama-sama dalam perjuangan ini, supaya kaki ini masih sudi menginjak kembali
untuk bersama-sama sahabat Ansorullah yang lain..setiap kali bicaranya melantun
di gegendang telinga ini..hatiku cukup tersentuh, dalam diam hati ini merintih
betapa aku rindu, aku ingin bersama lagi dalam kerja Jemaah itu..tetapi ntah
kenapa..setiap kali terkenang luka di hati..aku mengalah..aku layan rajuk hati
ini yang aku tahu selebihnya adalah bisikan nafsu dan syaitan, menyuruh aku
terus meminggir.
Rupanya Rahmat Allah Maha Luas..DIA yang membuka pintu hatiku untuk
bersama-sama mahasiswa lain dan rakyat Malaysia untuk bersama-sama turun dalam
Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang mana sedikit sebanyak telah menyedarkan
aku betapa aku sayangkan ‘harta’ yang aku miliki hari ini. Cuti sem yang
membuatkan aku turut berada bersama muslimat pas cawangan kampungku, membuatkan
aku lebih bersemangat, membuatkan egoku kecundang..betapa perjuangan islam
tidak memerlukan orang yang lemah, orang yang mudah berputus asa..Betapa pejuang-pejuang
islam hari ini, tidakpernah mengenal erti putus asa dalam menegakkan agama
Allah di muka bumi ini.
Saat terdengar lagu ‘NAHNU ANSORULLAH’ , aku hayati liriknya..tanpa
sedar air mata ini menitis..betapa lagu inilah yang membuatkan aku berada di
landasan ini..ku serahkan segala jiwa ragaku pada detik itu..Tika tangan ini membuka
kembali lipatan kertas kata-kata semangat daripada sahabat-sahabat
Ansorullahku, lidahku kelu membaca setiap catatan di atas kertas
tersebut..kata-kata “semoga terus thabat dalam perjuangan ini” membuatkan aku
sebak sendiri. Sesungguhnya kertas itulah yang sering aku buka, aku baca saat
aku terasa lemah..
Pesan seorang sahabat ku semat kukuh di hati, betapa dia juga mengharap
yang terbaik untuk aku dan islam.
“ dulu mu ajok aku masuk, tapi
bila aku masuk mu plok lari, lepas ni kita buat kerja islam ni sama-sama deh..”
Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk terus berada dalam perjuangan
ini.
Allah .. Maaf shbt .. :(
ReplyDeletemoga terus diberi kekuatan ! moga ini juga asbab utk kita jejakkan kaki ke JANNAH ALLAH ..