Glitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text Generator

Sunday, 6 October 2013

Menangislah..Moga Beroleh Ketenangan..


Selagi bergelar manusia, selagi itulah kita akan diuji dengan nikmat ujian dari Allah S.W.T...biarpun diri terasa penat untuk menghadapinya, langkah terasa longlai untuk mencari secebis kekuatan, jiwa terasa kosong untuk mencari jalan penyelesaian bagi setiap ujian yang menimpa, hati mula bosan dengan semuanya..namun, siapalah kita untuk mengeluh di atas setiap ujian hidup ini kerana keluhan itu ibarat kita menyesali dan tidak mensyukuri kurnian Allah sedangkan ujian itu jua adalah nikmat dari Allah..

Hati ini perlu diasuh dan dididik untuk bertahan, bertahan disaat diri mula terasa lemah, bertahan disaat ayunan langkah terasa seperti mahu tersungkur dalam meniti arus kehidupan yang masih berbaki..
Hati ini perlu dijaga rapi agar ia tidak mudah mengalah lagi bila ada yang cuba melukainya lagi..Hati ini perlu dibaja, disiram agar ia subur kembali dalam meniti hari-hari mendatang, agar ia tidak cepat melatah bila musibah datang mendekat..Hati ini perlu dipegang erat-erat agar ia tidak jauh dari-NYA kerana hati ini milik-NYA..walaupun terkadang diri mula terasa bosan, terasing dengan keadaan sekeliling namun pujuklah hatimu, dakaplah hatimu, pesan pada hati agar KUAT,KUAT dan terus KUAT..sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untukmu..

Meskipun kesakitan, keperitan semalam masih berbaki, namun harusku gagahkah diri untuk bangkit apabila memikirkan amanah yang perlu dipikul..amanah dari kedua ibu bapa yang mengimpikan sesuatu yang aku sendiri tidak pasti apakah aku mampu menunaikannya kerana detik demi detik..langkah seperti kaku untuk melangkah..terasa berat beban yang dipikul bila mana semangat semakin pudar..cuba untuk mencari sinar semalam tapi kelam...jenuh ku mencari jalan penyelesaian yang terbaik..pohon pada yang SATU tapi masih tiada jawapan..ya ALLAH..kembalikan sinar di hatiku agar bisa aku mengutip serpihan kebahagiaan itu untuk ku anyam kembali menjadi anyaman yang paling indah..

Terasa inginku biar sahaja air mata ini mengalir...mengalir dan terus mengalir sehingga puas, sehingga ianya kering dan tidak perlu ku sapu lagi....aku cuba untuk mengawal gelodak hati yang kadang-kadang seperti memberontak tapi keadaan menjadi semakin tidak terkawal..apa perlu aku buat..tidak tahu apa yang terbaik harus aku lakukan kerana diri ini jua tidak mengerti..seperti aku tidak tahu apa yang aku mahu..

Allah...mungkin terlalu banyak kesilapan yang pernah aku lakukan..aku mengerti namun terlalu payah untuk menerimanya kerana hati ini cukup terluka..terluka dengan semuanya..terkadang terasa benci dengan diri sendiri..kenapa harus jadi seperti ini???..

Entah...tidak tahu untuk menterjemah rasa hati ini...terasa kosong..adakala senyuman yang terukir dibibir seperti kaku, terpaksa dibuat-buat agar insan sekeliling tidak menggagak bahawa hati ini sedang berduka..sungguh..hati ini seperti sudah tidak tahu cara untuk mengukir senyuman seperti dulu..senyuman yang ikhlas dari hati..seolah-olah ada yang menbuatkan senyuman itu tiada serinya...tidak terlintas di benak fikiran untuk jadi seperti itu tapi semuanya diluar jangkaanku..mana mungkin aku mampu berlagak tenang sedangkan kenangan silam itu sering menjengah di ruang hati..

KECEWA...memang kecewa..aku kecewa, sedih, geram bila diri sendiri seperti tidak mengerti dan memahami rasa di hati...puas  dipujuk, puas dirayu agar berubah..sungguh, aku rindu diri aku yang dulu..hidup yang penuh dengan keindahan...

ya Allah..hilangkanlah rasa yang menjeruk tangkai hati ini...aku bukan pembenci apatah lagi pendendam...buanglah segala parut keterluan yang dulu..ingin aku ceria seperti dulu..Bantulah aku ya Allah..untuk aku bangkit meraih cinta dan redha-MU..

Wahai hati..aku tahu betapa sukar untuk kau menerima semua ini, betapa dalamnya luka yang pernah kau rawat suatu ketika dahulu sehinggakan parutnya masih berbekas sehingga detik ini..namun, basuhlah parutmu itu dengan penawar kemaafan agar lama-kelamaan ia akan hilang...

Wahai hati..sampai bila kau mahu menjulang ego yang akhirnya memakan diri sendiri...berilah ruang biarlah jauh di lubuk hati itu untuk sebuah kebahagian bertapak..izinkanlah sinar kebahagiaan menghiasimu...