Glitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text Generator

Saturday, 27 September 2014

Izinkan aku Bahagia


Jam telah menginjak pukul 1 pagi....
andai sebelum ini, jasad ini telah lama di buai mimpi...tapi malam ini mata ini..jasad ini seperti mengerti bahawa jiwanya dilukai...setelah sekian lama..blog ini dibiar sepi..saat ini, hati ini berbicara lagi di kanvas bisu ini...penulisan ini dari hati...


Memang benar..lumrah hidup sebagai manusia..kita mampu menasihati, memujuk berpuluh orang yang sedang kecewa, berpuluh orang yang sedang dilanda musibah, berpuluh orang yang sedang diuji oleh Allah...namun kita tidak mampu menasihati dan memujuk hati sendiri yang sedang berduka, yang sedang merajuk...

Allah.....
Andai ujian ini hadir untuk menghapus dosa-dosaku, berilah aku kekuatan untuk menghadapinya...walupun berat, bagai dihempap sebongkah batu besar..aku redha, andai ianya mendekatkan aku pada-MU..



Aku yakin ya Allah...yang Engkau tak akan meninggalkan aku melayari kehidupan ini seorang diri,, aku sedar bahawa engkau sentiasa ada untuk memimpin aku ke jalan kebenaran..namun aku yang seakan alpa..alpa dengan nikmat-Mu yang terlalu banyak..sehinggalah aku diuji lagi..diuji dengan perkara yang membuatkan aku lemah tak terdaya...

CINTA.....
cinta itu terlalu subjektif....jika dahulu aku pernah merasa bahagia mengenali cinta dari hamba-Mu..jika dahulu aku pernah terluka kerana cinta dari hamba-Mu...saat ini, aku juga menangis lagi kerana cinta hamba-Mu...Lebatnya mutiara jernih dipipiku selebat hujan yang turun membasahi bumi Allah ini..biarpun aku tahu bahawa air mata ini tiada makna di sisi-Mu..apakandaya..hadirnya tanpa aku pinta...kehangatannya menbasahi pipiku..puasku seka namun masih degil untuk mengalir...

Ya Allah...sesungguhnya Engkau yang Maha pengasih lagi Maha penyayang...titipkan rasa kasih dan cinta itu dalam hatiku..agar air mata ini berganti menjadi air mata kebahagiaan kerna aku akui cinta-Mu tak pernah mengundang derita...


Bukan ingin menipu diri sendiri...bukan niat untuk berpura-pura...ianya hanya sekadar menutup  luka dihati yang telah sekian lama menanggung kesakitan... Salahkah aku mempamerkan riak bahagia di hadapan semua walaupun hati ini hanya Allah yang tahu?...kenapa dia perlu hadir kembali dalam hidup aku setelah dia mencipta luka di hati ini?...apa lagi yang diharapkan dari insan terluka ini?..tidak cukup lagikah dia menyeksa hatiku?..tidak cukup lagikah air mata yang kutumpahkan kerananya?....


Bukan niat untuk membenci..cuma sekadar menjauhkan diri agar lama tak berdarah kembali...bukan niat untuk berdendam..sekadar berjaga-jaga agar sejarah tidak berulang...andai diberikan peluang..ingin sekali aku simpan segenap kenangan itu dalam lipatan sejarah yang tak perlu untuk ditayangkan kembali..cukup sekadar menjadi pengajaran buat diri....

2tahun...2tahun...aku mencari penawar untuk merawat hati ini...2 tahun aku cuma melupakan sebaris nama itu...2 tahun aku cuba hapuskan rasa yang pernah wujud di hati ini...namun, hanya 2 minit ianya disakiti kembali...adilkah semua ni?...

Andai 2 tahun dulu kau menyatakan hasrat itu, mungkin aku terima..tapi kenapa sekarang?..di saat kau sedang diulik bahagia?..untuk apa kau hadir lagi?..apakah sekadar nak menguji hati aku?..tak perlu..kerana aku akui..sampai saat ini..walau berkali-kali aku cuba membuang perasaan itu..ianya  masih bersisa...

Allahurabbi...
sesaknya rasa di jiwa...redakanlah ya Allah...benihkanlah walau secebis rasa simpati dalam dirinya untuk aku...agar dia tidak akan menganggu hatiku lagi...penuhilah hatiku dengan cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu...sesungguhnya aku insan yang lemah..tiada daya melainkan dengan kekuatan dari-Mu...
andai Kau izinkan lagi untuk aku mencintai hamba-Mu...kurniakanlah aku cinta dari orang yang faham erti cinta agar aku tidak lagi rebah kerana cinta..bahkan aku dipimpin untuk sama-sama meraih cinta-Mu...

Nurul Jannah...indahnya nama itu..seindah maksudnya..cahaya syurga....ya Allah...izinkanlah aku untuk menikmati cahaya syurga itu...